Wednesday, July 03, 2013

SINDIKET ULAT TIKET BAS MEMBIAK LAGI MENCARI MANGSA

Masalah ulat tiket akan menjelma dengan giatnya menjelang hari perayaan. Beberapa bulan lagi rakyat Malaysia akan menyambut AidilFitri dan rakyat Malaysia akan mula mengatur perjalanan balik ke kampung. Ada di antara mereka yang mengguna perkhidmatan bas, maka bermulalah pelbagai cerita mengenai ulat tiket bas.

Isu ulat tiket telah dikenalpasti SPAD sebagai satu gejala serius di lokasi terminal bas awam sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Hentian Putra. Baru-baru ini satu walk-about oleh SPAD bersama-sama Pengerusi dan CEO di Hentian Putra bagi membuat tinjauan.




Siapa ulat tiket ni? Masih ada di antara kita yang masih tidak mengetahui wujud apa yang dipanggil 'ulat tiket'. Kepada mereka yang pertama kali ingin membeli tiket bas di mana-mana terminal bas awam, beli saja di mana-mana kaunter tiket yang berada di dalam terminal tersebut

Jika ada seseorang atau mungkin dalam kumpulan 2 hingga 3 orang yang menghampiri anda (di luar bas terminal) dan dengan kata-kata memujuk yang menawarkan jualan tiket sambil memegang walkie-talkie, itulah ULAT TIKET. Jangan terperanjat apabila ada di antara mereka terdiri dari warganegara asing.

Yang menjadikan kegiatan ulat tiket berleluasa adalah sikap kita juga. Ini kerana kita hanya membiarkan atau dengan kata lain kita lihat dengan sebelah mata tanpa bertindak untuk sama-sama membantu menanganinya. Ada di antara  ulat-ulat tiket ini akan memberitahu anda bahawa tiket-tiket bas telah habis, maka jangan panik kerana di musim perayaan pihak SPAD telah pun mengumumkan bas-bas tambahan yang telah berdaftar dengan SPAD disediakan.
 
Pihak SPAD juga telah kenalpasti bahawa apabila ada di antara pengusaha-pengusaha bas tidak mempunyai kaunter jualan maka mereka menggunakan ulat-ulat tiket sebagai orang tengah. Salah satu cara untuk mengelak kegiatan ulat-ulat tiket berleluasa adalah dengan membeli tiket secara on-line. SPAD juga telah menggesa agar pengusaha-pengusaha bas menjual tiket melalui on-line. 

Orang ramai juga telah diberi 'hand-outs' MENGETAHUI HAK SEBAGAI PENUMPANG BAS:








Kepada mereka yang akan pulang ke kampung dan ingin membeli tiket bas, disarankan rancang perjalanan anda lebih awal dengan membeli tiket bas lebih awal. Beli tiket bas di kaunter-kaunter tiket di dalam  terminal bas awam sahaja atau beli tiket secara online dan beli terus melalui website bas ekspres.

Kita sebagai rakyat jangan biarkan diri kita menjadi mangsa mereka kerana tidak akan ada pembelaan sekiranya kemalangan berlaku. I ni adalah kerana bas-bas yang disediakan ulat tiket tidak menyediakan insuran penumpang.

Oleh itu, sama-sama benteras sindiket ulat tiket demi menghargai nyawa kita serta keluarga dan patuhi undang-undang.


No comments:

Post a Comment