Tuesday, July 02, 2013

BONUS RM200 JUTA ...MALAYSIA INSIDER TIPU RAKYAT

Apa niat Malaysia Insider?

Lihat saja pada tajuk, rasa-rasanya apa perasaan kita sebagai rakyat? Bonus untuk petugas SPR? Amboi mewahnya kerajaan berbelanja untuk satu pilihanraya!

Membaca tajuk saja memang mampu menimbulkan lagi kemarahan rakyat terhadap SPR dan itu kenyataan seorang Menteri pula? Tetapi benarkah apa yang dilaporkan Malaysian Insider?

Bandingkan apa sebenar yang dijawab Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya yang diedarkan di Dewan Rakyat pada pagi Isnin seperti berikut;


“Dan mereka membelanjakan (peruntukan tersebut) seperti berikut, iaitu RM204.1 juta untuk elaun para petugas pilihanraya (di bayar kepada) seramai 240,000 petugas. Elaun lebih masa sebanyak RM5 juta, sewaan dan pelbagai kelengkapan yang digunakan, sebanyak 98.4 juta dan lain-lain kos adalah sebanyak RM92.3 juta" ... sepenuhnya boleh dibaca DI SINI dan DI SINI

Di mana Menteri menyebut perkataan atau ayat yang menyatakan atau ada persamaan dibayar yang bermaksud bonus? Atau Malaysia Insider samakan elaun itu adalah bonus?

Ingin belajar Bahasa Malaysiakah Malaysia Insider? Adakah laporan ini memang bertujuan menimbulkan lagi kebencian dan keraguan terhadap SPR, Menteri dan Kerajaan BN?

Memang benarlah, ramai yang telah pun menjauhkan diri dari Malaysia Insider kerana integriti dan etika kewartawanan mereka sentiasa ditahap yang diragui. 

Sebagai lidah rasmi parti pembangkang, strategi MI mudah dibaca... cari tajuk yang sensasi, melaporkan sebahagian saja kenyataan dan fokus kepada keburukan dan kelemahan kandungan kemudian terbitkan dahulu. Sekiranya didapati salah... mudah, buat kenyataan, IT WAS MISQOUTED! WE ARE SORRY!!!

Penting sekali, dihebahkan dahulu laporan menipu supaya rakyat resah dan marah!

Kepada Dato Seri Shahidan, jangan tunggu lama! Ambil tindakan undang-undang ke atas laporan menipu tersebut tanpa belas ehsan. Disebabkan mereka maka rakyat sentiasa dalam situasi tidak yakin dengan kerajaan dan jika dibiarkan bakal menggugat keselamatan negara.

Terima kasih kepada Dato Seri Shahidan yang pro-aktif dan cepat mengeluarkan kenyataan dan diharap MP-MP BN yang sedang bersidang juga turut sama memantau apa yang dilaporkan portal berita pembangkang terutama Malaysian Insider.

1 comment: