Datuk Liow Tiong Lai, Presiden MCA dan juga penyandang di Parlimen Bentong, bukan muka baru malahan beliau telah dikenali rakan komponen Barisan
Nasioanl sejak Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah Ketua Pemuda UMNO.
Mendengar pengakuan Datuk Seri Hishamuddin sendiri, beliau mengakui sangat mengenali peribadi Datuk Liow yang bersih rasuah, jujur dan yang pasti,
Datuk Liow adalah seorang ikhlas berkhidmat dan setiakawannya kepada UMNO tidak perlu diragui.
Walaupun kehilangan suara kerana terlalu
banyak berkempen, Datuk Hishamuddin sanggup datang ke Bentong dari Sembrong, Johor untuk memberi sokongan dengan hasrat untuk melihat Datuk
Liow mendapat majoriti tinggi.
Menyatakan yang MCA dan UMNO seperti “Wo men dou shi yi jia ren (We are one big family)”, perkara yang sangat merisaukan beliau bukanlah menang atau
kalah tetapi jika BN menang tanpa sokongan dari semua bangsa, ia tidak dapat mencapai matlamat BN sepenuhnya.
Setelah beramah-mesra bersama masyarakat Cina di Taman Desa, Bentong, dua sahabat ini pergi ke kawasan Felda Lurah Bilut di mana terdapat pengundi
majoriti Melayu pula. Datuk Hishamuddin tegaskan yang BN sangat-sangat memerlukan barisan menteri dari pelbagai bangsa sebagaimana hasrat PM Najib
yang sentiasa menegaskan tiada seorang rakyat Malaysia pun akan ditinggalkan.
Felda Lurah Bilut adalah salah satu dari 8 yang terdapat dalam parlimen Bentong dan telah dibuka oleh ayahanda PM Najib pada tahun 1958. Di sini, ia
agak unik kerana terdapat pelbagai kaum yang terdiri dari Melayu, Cina dan India yang benar-benar melambangkan 1Malaysia. Malahan, isu peneroka Felda
dan juga pembangunan Felda telah dan akan sentiasa mendapat keutamaan PM Najib.
Bantu-membantu telah menjadi amalan rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional sejak dahulu lagi dan kini diteruskan. Datuk Liow yang selalu
mengingatkan semua penyokong BN dan juga pengundi Bentong agar bersatu hati membangunkan Bentong sepertimana yang sering dikatakan kepada
ahli-ahli MCA... 'Stornger Together'.
Bagi Datuk Liow, walaupun telah diajak berdebat berkali-kali dari pihak lawan untuk membentangkan manifesto masing-masing, 10 point yang dijaja
calon PKR di Bentong tidak dapat mengatasi segala yang telah dilakukannya. Yang penting, bukan pandai bercakap tetapi lebihkan usaha dan bekerja
untuk membela rakyat.
No comments:
Post a Comment