Wednesday, April 11, 2018

MANIFESTO BN TELAH JADIKAN JANJI-JANJI PEMBANGKANG TIDAK RELEVAN


Sejak awal tahun lagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa telah beri gambaran kepada rakyat yang manifesto Barisan Nasional bakal membuatkan mulut pihak pembangkang terkunci dan terus membisu dan setelah dilancarkan, ia ternyata benar sehinggakan kini segala janji-janji pakatan pembangkang pimpinan Dr Mahathir sebagai tidak relevan langsung.

Tan Sri Annuar juga telah memperingatkan semua yang Barisan Nasional sememangnya tersohor dalam menjuarai kebajikan rakyat. Ini adalah kerana, manifesto BN dibuat diatas kehendak rakyat dan sebelum diputuskan segala janji, BN telah mengambil pendekatan mendekati rakyat dengan program-program yang diadakan di seluruh negara. Segala maklumbalas telah dikumpulkan dan sebab itu tepat sekali manifesto BN berpaksikan rakyat untuk menjadikan Malaysia Hebat.

Manakan tidak, aspek yang mendapat perhatian di dalam manifesto meliputi peluang pekerjaan sehingga akan diwujudkan 3 juta peluang, perumahan, pendidikan dipelbagai peringkat, pengangkutan dan sehingga ke kos sara hidup rakyat dengan peningkatan dan penambahan kategori untuk bantuan BR1M. Lantas, secara pasti, manifesto BN kali ini berpandangan sangat jauh sehingga merangkumi perancangan 30 tahun akan datang dalam teras TN50.

Malahan, keberhasilan dari kebijaksanaan dan komitmen Barisan Nasional telah terbukti apabila ekonomi negara bukan saja mampu keluar dari kemelut ekonomi global malahan rezab negara berkembang kepada lebih RM400 billion, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh menghampiri enam peratus, penarafan antarabangsa mencapai gred A dan pelaburan asing juga telah meningkat.

Sekali gus, bagi Tan Sri Annuar, manifesto BN kali ini tidak sekali-kali akan membawa rakyat Malaysia berjalan ke belakang dan terus meninggalkan era kelam Dr Mahathir dan Mahathirism untuk selama-lamanya. Seluruh negara dan semua rakyat akan menuju ke era Malaysia baru bersama-sama BN di bawah kepimpinan PM Najib Razak.

Apabila Barisan Nasional mampu mengurus perolehan negara dengan baik, ia telah memungkinkan negara menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Justeru, rakyat yang bijak dan setia mendokong aspirasi Barisan Nasional, kini telah mula menikmati segala hasil lumayan dari pelbagai bantuan dan insentif yang juga merangkumi rakyat di Sabah dan Sarawak.

Barisan Nasional mampu berjanji kerana inilah satu-satu parti politik yang mampu pegang dan menunaikan janji apabila 99.7% janjinya pada PRU13 lalu telah pun terlaksana. Berbanding janji pakatan pembangkang yang diketuai Dr Mahathir, tiada satu pun idea baru apatah lagi bernas untuk ditawarkan kepada rakyat, malahan segala yang dijanjikan telah pun ditunai dan mereka hanya mampu meniru janji-janji Barisan Nasional terdahulu.

Bersama Barisan Nasional untuk Hebatkan Malaysia tetapi pakatan pembangkang hanya mampu melancarkan manifesto tanpa sebarang keyakinan dan komitmen untuk menunaikannya selain dari retorik politik untuk berkempen sahaja.

Bersama BN ... #HebatkanNegaraku
 

No comments:

Post a Comment