Thursday, April 05, 2018

BERITA PALSU - PAKATAN PEMBANGKANG AKAN LUMPUH PADA PRU14 TANPANYA


Menjelang pilihanraya, pakatan pembangkang bukan saja akan menggunakan berita-berita palsu dan isu-isu sensitiviti kaum tetapi ia akan diganda dan dirancakkan lagi seolah-olah tanpa kesemua itu, mereka pasti lumpuh. Namun, Barisan Nasional tidak sekali-kali akan menari mengikut rentak mereka untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakyat.

Ini telah ditegaskan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa. Justeru, BN telah mempersiapkan seramai lebih kurang 60,000 jentera penerangan di seluruh negara untuk memerangi berita-berita palsu dalam persiapan menghadapi PRU14 nanti. Tugas mereka fokus kepada penerangan secara bersemuka dengan pengundi dan juga sebaran maklumat di media sosial.

Lebih getir apabila taktik pembangkang sengaja melepaskan pelbagai bentuk berita palsu di saat-saat akhir pilihanraya dan jentera-jentera BN akan digerakkan untuk memberi penerangan kepada rakyat dengan kadar segera dengan maklumat yang sebenarnya.

BN telah mengenalpasti modus operandi pakatan pembangkang yang menggunakan media antarabangsa dan institusi luar untuk memanipulasi isu-isu seperti1MDB dan GST untuk mendapatkan perhatian pengundi dan rakyat. Mereka juga akan menabur umpan berbisa yang sengaja menyentuh sensitif perkauman dan target utama mereka adalah memecahkan undi Melayu yang sememangnya adalah idaman DAP.

DAP adalah dalang sebenar kepada perpecahan undi Melayu yang digerakkan melalui pemimpin-pemimpin Melayu seperti Dr Mahathir, Wan Azizah dan juga sebelum ini, Anwar Ibrahim. PAS satu ketika pernah dijadikan alat mereka dan dengan pembubaran Pakatan Rakyat, DAP telah dapat mengekalkan agenda 'Malaysian Malaysia'nya mengguna pisau belati yang baru.

Setelah menyedari Tsunami Cina telah berakhir, DAP cuba wujudkan Tsunami Melayu pula dengan mengguna Dr Mahahtir. Mereka juga menyedari yang DAP pasti gagal menawan Putrajaya sekali lagi jika hanya bergantung kepada pengundi Cina, maka mereka terpaksa akur kepada tipu daya seterusnya iaitu, meraih undi Melayu.

Segalanya tidak dapat dinafikan DAP lagi apabila 'Superman Hew' mereka telah membongkar rahsia ini di hadapan rakyat Sabah walaupun berceramah di dalam bahasa Mandarin. Beliau telah jelas menyebut nama Dr Mahathir adalah senjata baru DAP untuk mendapatkan undi Melayu dan sehingga hari ini, DAP tidak pernah menafikannya.

Bagi Tan Sri Annuar, memberi penerangan agenda ekonomi yang telah terbukti mendapat pengiktirafan badan-badan dunai, keharmonian antara kaum, pencapaian AkuJanji BN dan keikhlasan PM Najib serta Barisan Nasional memberi khidmat terbaik kepada rakyat adalah penerangan terbaik. Sepertimana yang terbuku dalam manifesto PRU14 dan pencapaian 99.4% AkuJanji PRU13, tiada yang lebih boleh diharapkan rakyat melainkan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional dan itu adalah pilihan terbaik untuk rakyat nanti.

#HebatkanNegaraku
 

No comments:

Post a Comment