Friday, March 02, 2018

MESIN PENGOREK TEROWONG LALUAN SG BULOH-SERDANG-PUTRAJYA MULA DIGERAKKAN


Projek bagi MRT2 ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022 dan ini adalah projek mega infrarakyat yang telah diperuntukkan sebanyak RM32 bilion. Jajaran sepanjang 52.2 kilometer akan meliputi 37 stesen dan 11 daripadanya adalah stesen bawah tanah. Oleh itu, bagi memulakan kerja-kerja mengorek tanah untuk dijadikan terowong MRT2 laluan  Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), PM Najib Razak telah melancarkan untuk menghidupkan semula Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (VDTBM) S776.

Beberapa fakta yang perlu kita ketahui adalah dari 52.2km, 38.7km adalah laluan bertingkat dan 13.5km pula adalah laluan bawah tanah. 2 daripada stesen terbesar adalah di Bandar Malaysia Utara dan Bandar Malaysia Selatang. Sebanyak 9,200 ruang parkir disediakan di 17 buah stesen dimana purata parkir bagi setiap stesen adalah sebanyak 540 ruang. 



Mesin pegorek terowong (TBM) yang dilancarkan PM Najib adalah yang pertama untuk kerja-kerja mengorek bawah tanah di samping 11 unit mesin yang akand igunakan nanti. Kerja-kerja pembinaan terowong ini akan dibina secara bersama oleh syarikat tempatan iaitu MMC Gamuda dengan sebuat syarikat Jerman, Herrenknecht AG.

Pembinaan jajaran SSP lebih mudah berbanding SBK yang lebih mencabar serta berisiko tinggi memandangkan keadaan geologi yang akan dihadapi, ia agak mencabar kerana kawasan di Lembah Klang dikelilingi sekitar batu kapur. Jika dibanding SBK yang hanya membabitkan dua jenis keadaan geologi yang dikategorikan mencabar, SSP pula lebih daripada itu. Antaranya Kenny Hill, batu kapur Kuala Lumpur, granit, aluvium serta telerang kuarza. Antara struktur tanah yang berbeza itu juga terdapat tujuh garis sesar (fault line) yang akan memperlahankan kelajuan mesin, berbanding hanya satu ketika projek SBK.

Justeru kepakaran dari Jerman diperlukan dan dipantau dan dikendalikan oleh syarikat tempatan. Malahan sistem TBM ketumpatan berubah ini telah berjaya digunakan sewaktu pembinaan terowong MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Di dalam upacara pelancaran ini, PM Najib telah menekan butang di panel khas sebagai simbolik pelancaran dan secara serentak, kepala pemotong TBM mula berputar beserta bunyi siren. Di samping itu, PM Najib juga meninjau kerja-kerja mengorek dari dek tinjauan pelantar syaf pelancaran dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPAD, Datuk Seri Nancy Shukri serta Pengerusi MRT Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Tan Sri Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara.

Bagi pihak Suruhanjaya pengangkutan awam darat pula, CEO dan Pengerusi SPAD juga turut hadir bersama-sama CEO MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling dan Pengerusi MMC Corporation, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja pembinaan projek MRT Laluan SSP kini mencapai kemajuan sebanyak 22 peratus sejak ia dilancarkan sepenuhnya pada17 Julai tahun lalu. Projek mega yang menjadi kebanggaan negara kini, sekali lagi akan berjaya disiapkan dalam masa dan bajet yang telah ditetapkan kerajaan.

 

No comments:

Post a Comment