Saturday, February 03, 2018

CUBAAN BANGKITKAN ISU BERKAITAN PEMBELIAN ASSET DI AUSTRALIA, KINI DARI PATRIOT MALAYSIA PULA


Beberapa hari lalu, tabloid Australia, The Sydney Morning Herald (SMH) telah melaporkan secara ringkas mengenai agen harta tanah Raine and Horne yang terlibat dengan penjualan bangunan apartment UniLodge di Melbourne oleh MARA Inc. Kemudian Persatuan Patriot Kebangsaan telah mempersoalkan mengapa kerajaan tidak memberi sebarang respon.

Seperti biasa Malaysiakini memetik sidang akbar Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) yang sengaja cuba bangkitkan isu ini dan lebih jelas cuba melibatkan Tan Sri Annuar Musa, mantan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga PM Najib Razak. Jelas sekali, dakwaan Presiden Patrtiot Mohamed Arshad Raji ini telah ketinggalan zaman dan berat sebelah kerana segalanya masih dibawah siasatan pihak berkuasa di kedua-dua negara, Malaysia dan Australia.

Apa sebenarnya berlaku?

Tan Sri Annuar Musa telah memegang jawatan Pengerusi MARA pada tahun 2014 dan kontroversi jual-beli apartment Australia ini berlaku 2012 di mana Pengerusi MARA ketika itu adalah Datuk Idris Jusoh dan Menterinya pula adalah Shafie Afdal. Manakala Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan MARA yang telah meluluskan pembelian apartment Australia tersebut adalah warga Sabah - Datuk Dr Yusof Yaacob.

Pengerusi MARA Inc pula, syarikat yang bertanggungjawab membeli apartment Australia ini adalah Datuk Md Lan Alani, adalah Bendahari UMNO Semporna yang ketika itu, Shafie Afdal adalah Ketua Bahagiannya.

Jelas? Maka di mana penglibatan Tan Sri Annuar Musa? Sedangkan ketika isu ini diperbesar-besarkan, TSAM sendiri telah membuat laporan SPRM demi kepentingan awam dan amanah rakyat. Ketika TSAM adalah Pengerusi MARA, beliau juga telah menyarankan agar dilantik "independent external auditor"  termasuk forensik audit.

Malangnya ia tidak dilakukan dan keputusan Majlis telah diketepikan oleh kuasa yang lebih tinggi dan sehingga hari ini, segala dakwaan dari pihak yang terbabit masih tiada keputusan muktamad dari mana-mana pihak berkuasa di Malaysia dan Australia.

Memang benar PM Najib pernah beri pengesahan yang siasatan akan dilakukan ke atas dakwaan korupsi yang melibatkan pegawai MARA dan beliau juga menegaskan jika terdapat sebarang penglibatan kesalahan, tindakan akan diambil. Tetapi jika di pihak polis Australia pun tidak dapat memuktamadkan siasatan mereka, bagaimana mungkin di pihak negara kita akan mengambil tindakan?

Jika di pihak pembangkang berminat untuk mendapatkan penjelasan, mengapa tidak mendesak pihak berkuasa Australia dan terus mendapatkan jawapan dari rakan mereka di Semporna yang kini telah menyertai blok mereka?

Adalah lebih baik bagi Presiden PATRIOT rajin membaca laporan-laporan akhbar yang lalu di mana jelas Tan Sri Annuar Musa telah membuat kenyataan mengenai kontroversi ini daripada memetik laporan ringkas tabloid Australia untuk menjadi lidah Pakatan Harapan.

Adalah amat jelas yang Presiden PATRIOT ini tidak mengikuti perkembangan isu ini tetapi tetap ingin bercakap untuk Pakatan Harapan apabila TSAM sendiri telah mengarahkan aset-aset tersebut dijual dan dikendalikan oleh agen bertauliah. Malahan penjualan tersebut telah mendapat keuntungan untuk membayar kesemua masalah hutang kepada Bank di Australia. Kenapa perkara ini tidak dinyatakan Presiden PATRIOT tersebut?

Janganlah kerana terlalu inginkan populariti, Presiden PATRIOT ini janganlah membiarkan dirinya dijadikan bahan gelak ahli-ahlinya dan juga rakyat. 
 

No comments:

Post a Comment