Tuesday, January 09, 2018

SEJARAH DIUKIR MCA-Gerakan - HADIAH TAHUN BARU UNTUK BN DAN PM NAJIB


Tidak ada cara lain untuk kembalikan kegemilangan MCA dan Gerakan seperti dahulu dan untuk mendapatkan keyakikan masyarakat Cina terhadap kedua-dua parti komponen Barisan Nasional ini, mereka perlu berpadu tenaga dan menyokong di antara satu sama lain. Kekalahan dua pilihanraya yang lalu telah  menyebabkan mereka beriltizam untuk menguatkan jentera mereka dan solusinya hanyalah jika mereka bersatu tenaga.

Lantas MCA dan Gerakan telah mengadakan perhimpunan bersama dan agaknya inilah hadiah tahun baru 2018 untuk Barisan Nasional dan juga Presidennya PM Najib Razak. Perhimpunan Teguh Bersama MCA-Gerakan telah dijadikan realiti setelah lima pertemuan diadakan di antara kedua-dua Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai mewakili MCA dan Datuk Seri Mah Siew Keong, kemudian dipersembahkan kepada PM Najib, Presiden Barisan Nasional.



Melihat kepada kesungguhan dan komitmen kedua-dua parti dominan pengundi Cina ini, pada perhimpunan itu hanya kelihatan lautan biru dari kedua-dua pihak yang mereka mampu berganding bahu sebagai satu pasukan atas nama pembangunan nasional dan bukan sekadar untuk berpolitik saja. MCA dan Gerakan ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat Cina khususnya bahawa mereka amat serius dengan masa depan rakyat dan parti politik yang  mempunyai wawasan dan idea yang baik dan realisitk dalam membina negara.

Oleh yang demikian, di antara aktiviti utama adalah mengadakan road-show bersama di dalam kempen mereka dan bukan seperti yang dijangkakan oleh pihak tertentu bahawa mereka akan bergabung. Segala kelemahan dan perkara yang mampu menyumbang kepada kekalahan BN di 2 pilihanraya lalu telah pun dikenalpasti dan di antara yang paling utama adalah apabila calon MCA bertanding ataupun calon Gerakan, salah satu bilik gerakan parti akan ditutup dan tiada ahli parti yang lain turun membantu atau berkempen.

Di PRU14, kedua-dua parti komponen BN ini akan tegas mengambil tindakan displin seandainya perkara tersebut berulang lagi kerana ini dilihat sebagai sabotaj bukan kepada MCA ataupun Gerakan sahaja, mereka sedang sabotaj peluang calon yang mewakili Barisan Nasional.

Kesemua itu dimeterai di dalam akuan ikrar bersama seperti berikut;

1. Bekerja rapat bersama-sama untuk mengatasi cabaran-cabaran pada pilihan raya umum akan datang;

2. Melakukan yang terbaik untuk menegakkan kepelbagaian negara dengan semangat kesederhanaan;

3. Bersatu sebagai rakan dalam mempertahankan hak dan kepentingan rakyat di bawah rangka kerja Barisan Nasional;

4. Bergandingan tangan dalam meningkatkan kebajikan semua pihak dalam pentadbiran kerajaan; dan

5. Memberikan sokongan bersama dalam menguruskan kawasan pilihanraya masing-masing ketika berkempen untuk kepentingan rakyat.

Di antara strategi yang telah dipersetujui bersama adalah memaksimumkan penggunaan media baharu bagi menentang segala jenis tuduhan dan fitnah yang sengaja direka pihak pembangkang secara habis-habisan sehingga ke penghujungnya. Inilah satu-satunya senjata yang gemar diguna pihak pembangkang dan MCA-Gerakan pasti akan membuktikan pembohongan mereka. Malahan, kedua-dua parti ini juga berikrar akan membongkar siapa pemimpin-pemimpin pembangkang ini sebenarnya.

Iltizam untuk bergabung di antara MCA-Gerakan bukan sesuatu yang mudah kerana dari sejarah lampau, Gerakan adalah parti serpihan MCA dan walaupun berpayung di bawah Barsian Nasional, namun wujud persaingan di antara mereka. Namun, dengan kepimpinan baru di antara kedua-dua parti ini, satu sinar azam baru yang pasti dapat kembalikan keyakinan pengundi Cina kepada mereka.

Inilah yang dikehendaki rakyat dan juga PM Najib... bersatu dan terus bersatu - STRONGER TOGETHER!


#StrongerTogether
#TeguhBersama

No comments:

Post a Comment