Sunday, December 24, 2017

PM NAJIB SERIUS PASTIKAN KEMENANGAN BESAR UNTUK MCA DI PRU14 NANTI


Sebagai Presiden Barisan Nasional, PM Dato’ Sri Najib Razak sememangnya mengambil berat setiap persiapan parti komponen untuk menghadapi Pilihanraya ke14 nanti. Di antara parti komponen yang mendapat perhatian rapi PM Najib ialah MCA.

Sejak kepimpinan MCA diambilalih DS Liow Tiong Lai dan Timbalannya DS Wee Ka Siong bersama-sama barisan kepimpinan lain dari sayap wanita dan pemudanya bersama-sama jawatankuasa tertinggi MCA, pelbagai strategy telah disusun dan dilaksanakan untuk memantapkan persiapan MCA.

MCA sangat berbesar hati apabila PM Najib telah melawat ibupejabat MCA sempena perayaan "Dongzi" atau Pesta Solstis Musim Sejuk Cina dan pada masa yang sama, PM Najib mendengar taklimat persiapan dan pencapaian parti untuk PRU14 nanti.

Namun mengikut Setiausaha Agong MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan, bukan sesuatu yang lazim dan ini menunjukkan betapa seriusnya PM Najib dalam menentukan MCA akan menang besar dan segala perancangan strategy telah diatur dengan sebaik mungkin. Seorang Presiden BN selalunya hadir di ibupejabat MCA samada hanya untuk merasmikan Mesyuarat Tahunan ataupun pada Tahun Baru Cina.

MCA telah mengalami kekalahan teruk di dua PRU lalu namun ia bukanlah di bawah kepimpinan Datuk Liow. Dengan azam untuk kembalikan kepercayaan pengundi Cina kepada MCA, parti ini telah bergerak menyusun semula dan membina kekuatan dalaman terlebih dahulu dengan berpegang kepada prinsip 'Stronger Together'.

Justeru, berbanding dengan MCA yang lalu, MCA hari ini tidak lagi berhadapan dengan konflik dalaman dan berpecah-belah. Malahan tumpuan politik mereka lebih fokus untuk berbakti kepada rakyat dan berhadapan musuh tradisi MCA iaitu DAP dengan lebih agresif dan berani.

MCA juga telah mengumumkan yang Timbalan Presidennya Datuk Wee Ka Siong adalah Pengarah Pilihanraya MCA untuk PRU14 dan selama dua tahun lalu MCA telah membuat road tour ke seluruh tanahair untuk menilai dan menentukan calon-calonnya. Di antara kriteria calon yang telah ditetapkan MCA adalah mereka yang aktif mengadakan program rakyat setempat dan fasih berbahasa Melayu.

Lantas, apabila waktu tamat tempoh untuk mengadakan pilihanraya semakin hampir, MCA telah menyerahkan senarai calon mereka untuk dipertandingkan di 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN. Persiapan awal ini bukanlah muktamad, akhirnya perlu mendapat konsensus dari Barisan Nasional di mana jika ada di antara calon yang didapati tidak bersedia, MCA akan membuat perubahan.

Bagi Datuk Liow, isu kerusi kota MCA yang telah dipinjamkan kepada parti komponen lain atau sebaliknya, ia sentiasa terbuka untuk perbincangan lanjut dan yang pasti ia akan dilakukan di atas semangat Barisan Nasional dan seharus mungkin perbalahan sesama parti komponen dielakkan.

Di atas keyakinan mereka dan beberapa siri pertemuan dengan PM Najib di pejabatnya, MCA memohon agar PM Najib sendiri melihat dan menyaksikan segala persiapan MCA untuk PRU14 nanti di ibu pejabat MCA.

Nampaknya, dengan kesungguhan MCA dan keyakinan PM Najib, tidak mustahil pengundi Cina akan kembali memberi sokongan mereka semula kepada MCA/BN manakala pengundi Melayu dan India pula juga turut memberi sokongan kepada calon-calon yang dipertandingkan MCA.

Yang penting, MCA perlu mendapatkan lebih banyak kerusi mewakili suara masyarakat Cina di dalam kerajaan dan syabas kepada MCA kerana kini pengundi Cina telah memahami maksud tersebut.

No comments:

Post a Comment