Tuesday, December 19, 2017

PENDIRIAN TEGAS DAN BERANI PM NAJIB MENENTANG KEPUTUSAN PRESIDEN TRUMP MEMANG HARUS DIPUJI


Sehari sebelum Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 semalam, beliau dihujani dengan beberapa panggilan telefon daripada pemimpin negara Islam. Antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menelefon Najib meminta Malaysia menyatakan pendirian susulan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Ia adalah satu provokasi melampau yang menghinakan.

Justeru, menyedari isu Baitulmaqdis ini membabitkan kepentingan umat Islam secara total, termasuk di negara ini, PM Najib tidak berlengah membawa isu berkenaan untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas sebelum beliau membuat ucapan Dasar Presidennya. Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa turut mendedahkan yang isu Baitulmaqdis tidak terkandung dalam ucapan dasar Presiden tetapi telah ditambah pada saat-saat akhir.

Mesyuarat MT yang secara lazimnya diadakan untuk memperakukan isu dan amanat yang patut dibentangkan dalam ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO, MT akhirnya sepakat untuk meminda kandungan ucapan Dasar Presiden UMNO pada saat-saat akhir dengan memasukkan isu Palestin kerana memikirkan ia adalah isu yang perlu diberi perhatian perwakilan untuk dibahaskan dan menjadi suara serta pendirian rasmi parti.

Perkembangan ini membuktikan Malaysia walaupun negara kecil dengan jumlah penduduk sekitar 32 juta, mendapat pengiktirafan dari negara Islam lain termasuk negara kuasa besar Asia Barat, Turki untuk sama-sama menolak keputusan Trump itu. Sehubungan itu tindakan Perdana Menteri adalah tepat kerana Malaysia yang UMNO menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah antara negara yang menjuarai isu menyentuh kepentingan Islam antarabangsa sejak dahulu lagi. 

Ini jelas membuktikan yang UMNO tidak pernah berkompromi dan tunduk kepada mana-mana kuasa besar dalam isu yang menyentuh kesucian dan kepentingan Islam, sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa apatah lagi dalam pendiriannya mempertahankan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Kenyataan dan pendirian tegas dan berani ini telah disuarakan oleh PM Najib Razak dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa lalu. Ketika ada negara Islam tidak menghantar pemimpin utama mereka dan sekadar menghantar wakil atau menteri luar, tetapi tindakan Malaysia sebaliknya. PM Najib pula lantang dan tegas dengan pendirian dengan mempertahankan Baitulmaqdis kekal sebagai ibu negara Palestin.

Jika ada dakwaan dari pihak pembangkang yang cuba kaitkan tentangan UMNO terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel sebagai umpanan untuk meraih sokongan politik termasuk daripada PAS adalah ternyata tersasar jauh. Sekali pun pandangan politik tetap berbeza di antara UMNO dan PAS, pendirian dan nada yang dibawa PM Najib ke OIC adalah adalah terasas demi kepentingan ummah dan akidah Islam, selain masa depan manusia sejagat.

Bagi Tan Sri Annuar, di manakah asasnya dakwaan Pakatan Harapan yang pendirian berani dan tegas Presiden UMNO adalah semata-mata untuk meraih sokongan politik dari PAS, sedangkan isu keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump itu tidak pun dibincangkan dengan parti-parti komponen BN sepertimana isu Rohingya?

Yang jelas, Pakatan Harapan cuba bermain politik dan gagal melihat kesannya di mana kebimbangan UMNO, jika tidak disuarakan PM Najib, ia mampu mencetuskan ketegangan di rantau Asia Barat sekali gus menyuburkan gerakan penentangan secara senyap atau bawah tanah pada skala global. Apakah pendirian Pakatan Harapan sama seperti Amerika yang ingin kita menentang keganasan tetapi pada masa yang sama sedang menyimbah petrol kepada api yang sedang marak dan berharap agar Malaysia terus mendiamkan diri?

No comments:

Post a Comment