Thursday, December 07, 2017

MP PKR KAPAR TIDAK FOKUS, KAJIAN SPAD ATAU PERKHIDMATAN KTMB?






Jika dibaca tajuk yang ditulis Malaysiakini - "Sukarnya nak percaya kaji selidik Spad", ia memberi gambaran target Manivanan Gowin ingin pertikai kaji selidik yang dibuat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Tetapi setelah diteliti kandungan artikel itu, Manivanan sebenarnya tidak puas hati dengan khidmat KTMB saja.

Seperti biasa, masalah mikro dikaitkan dengan makro kerana SPAD berada terus di bawah Pejabat Perdana Menteri dan PM Najib mesti dipersalahkan akhirnya. Itulah perangai dan objektif Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan sebenarnya.

KTMB hanyalah sebahagian dari perkhidmatan dalam pengangkutan awam darat dan di dalam industri rel, kita ada MRT dan juga LRT. Di dalam perkhidmatan pengangkutan awam darat pula, kita ada pecahan industri lain iaitu lori, bas dan juga teksi. Perkhidmatan pengangkutan awam yang menjadi mod utama rakyat kini adalah rel, teksi dan juga bas.

Hanya kerana masalah teknikal yang dihadapi KTMB, apakah ini bermakna mod pengangkutan awam yang lain juga turut terheret dan apakah maklum balas Maniavanan ini tepat untuk mempertikai kajiselidik SPAD?

Perkhidmatan rel yang disediakan KTMB merupakan industri tertua dari zaman sebelum merdeka lagi. Sejak PM Najib mengambil alih tampuk kepimpinan dan SPAD pula ditubuhkan, pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan untuk perbaiki mutu perkhidmatannya.

Di antara lain, termasuk membaikpulih landasan di seluruh negara, menggantikan koc lama dengan yang lebih pantas dan selesa dan tidak ketinggalan khidmat rel KTMB ditambah dengan adanya Komuter dan ETS (Electrical Train Service). Maka sebab itu Manivanan tidak dapat nafikan kajian SPAD ke atas peningkatan 12 peratus penumpang pengangkutan awam adalah tepat.

Sekali lagi Manivanan hanya menumpukan perkhidmatan KTMB apabila cuba pertikai peruntukan lebih RM1 bilion dari kerajaan pusat untuk menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Kelang atau KVDT. Objektifnya jelas, hanya untuk menyerlahkan yang peruntukan ini satu pembaziran kerajaan pusat diterajui Barisan Nasional.

Sedangkan peruntukan RM1 bilion ini masih lagi dalam peringkat perlaksanaan dan belum pun lengkap fungsinya. Apakah adil sesuatu yang masih di dalam proses perlaksanaan terus dikatakan tidak efisen dan dikaitkan dengan kajian SPAD? Jika sekarang, walaupun masih dalam peringkat perlaksanaan, KTMB masih dapat mengekalkan mutu perkhidmatan mereka, bayangkan apabila KVDT ini lengkap sepenuhnya. Ketika itu, apa pula yang akan Manivanan cuba  kaitkan kelemahan kajian SPAD?

Kredibiliti seseorang memberi komen dan kritik terutamanya yang datang dari pihak PKR perlu dinilai semula. Mungkin Manivanan perlu diingatkan bagaimana rakyat Malaysia tergelak besar dengan maklumbalas dari Presiden partinya Wan Azizah yang juga adalah Ketua Pembangkang apabila mencadangakan agar tren LRT meletakkan cermin di kiri dan kanan tren sepertimana cermin kereta.

Jika Presidennya pun gagal beri pandangan yang bernas, inikan pula Manivanan. Kita sebagai rakyat pun mampu berfikir lebih rasional dari Ahli Parlimen PKR ini. Pada masa yang sama, terima kasih juga kepada Malaysiakini kerana sekali lagi menyerlahkan betapa kurang bijaknya pemimpin pembangkang bila beri pandangan sedangkan rakyat lebih mampu berfikir secara waras dan lebih fokus bila membincangakan sesuatu isu.

Manivanan seharusnya terlebih dahulu mengetahui apakah syarat-syarat ketat yang telah SPAD sarankan sebelum KVDT dimulakan ... DI SINI

 

No comments:

Post a Comment