Apabila Azmin bercakap dan mempersoalkan tentang 1MDB, perkara utama yang sering dilolongkan adalah agar kerajaan persekutuan dan Barisan Nasional menghormati kebebasan dan hak rakyat untuk mengetahui maklumat sebenar dan mendesak supaya segala maklumat didedahkan. Kononnya, Azmin akan menjadikan Selangor sebagai negeri conoth pembangkang yang telus menyampaikan maklumat dan tidak akan sekali berahsia dengan rakyat.
Malangnya, apabila PAC published the 1MDB investigation report, Azmin bertindak membisu dan gagal membuat sebarang kenyataan balas pula.
Kini di Selangor, siapa yang tidak tahu yang pentadbiran Azmin adalah satu-satunya negeri di Malaysia dan negeri pentadbiran Pakatan Harapan yang masih takut untuk menandatangani Ikrar Banteras Rasuah. Segalanya terjawab apabila Azmin telah mengeluarkan arahan rasmi mengingatkan semua agensi kerajaan negeri menghalang langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Jika dikatakan Azmin sedang berada dalam keadaan ketakutaan yang benar, ia adalah benar. Di Utusan dan Berita Harian saja yang mampu memuatkan segala salah laku dan kelemahan pentadbiran Azmin. Namun, apakah rakyat Selangor tidak boleh berfikir sehingga pengetahuan mereka perlu disekat?
Seperti kata PM Najib, cabarlah dasar dan bukan serang peribadi tapi nampaknya Azmin sangat takut rakyat Selangor mencabar dasar-dasar kerajaan pentadbirannya apabila media seperti Utusan dan BH mampu mengkritik secara bernas, berfakta dan benar.
Apabila Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa memperlekeh sikap Azmin yang tidak matang, agak sukar untuk dinafikan. Hari ini, walaupun Azmin telah mengulangi sekatan akhbar cetak di Selangor, rakyat Selangor dengan mudah saja mampu mendapat maklumat di hujung jari. Berbekalkan telefon pintar wifi di merata tempat, Azmin terlupa yang Utusan dan BH adal memuat naik maklumat di internet.
DAP dari sejak wujudnya mereka sememangnya tidak senang dengan penulisan di Utusan Malaysia sehinggakan mereka sering memberi liputan meluas untuk soal balas artikel-artikel yang mengkritik mereka. Inilah satu-satunya akhbar cetak yang sangat ditakuti dan dibenci DAP dan ada kalanya Utusan disaman.
Sebagaimana yang kita ketahui, walaupun Azmin adalah ketua pentadbir mewakili PKR di Selangor, namun hakikatnya, DAPlah yang mengatur segalanya. Tidak mampu ditepis lagi ketika TS Annuar Musa pernah mencabar Azmin untuk membuktikan yang beliau bukanlah boneka DAP, pesta arak cukup takut dihalang tetapi Utusan Malaysia dan Berita Harian berani pula dikeluarkan kenyataan rasmi untuk dilarang.
Sememang benarlah kepentingan Islam dan Melayu bukan agenda utama Azmin dan pentadbiran DAP untuk Selangor sedangkan semua mengetahui yang Utusan Malaysia dan Berita Harian sejak ditubuhkan lagi adalah media arus perdana yang memperjuangkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu.
Kini sudah jelas dan tidak perlu tertanya-tanya lagi apabila DAP telah berjaya bonekakan Azmin untuk sekian kalinya. Selepas menghalang Utusan dan Berita Harian untuk kehendak DAP, apa lagi yang akan Azmin lakukan untuk memuaskan hati DAP, hak Melayu dan Islam?

No comments:
Post a Comment