Tidak ada sebab mengapa DAP perlu melenting jika dikatakan mereka dari sejak penubuhan parti itu sehingga kini, tidak akan meneruskan segala agenda Islam dan Melayu. Malahan, selagi ideologi Malaysian Malaysia kekal dalam perjuangan mereka, Kit Siang dan siapa juga yang menerajui DAP kekal anti-Islam dan anti-Melayu.
Oleh itu, jika Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan kepada rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO yang mereka hanya ada 2 pilihan, samada memilih BN yang diterajui UMNO atau memilih PH yang dikuasai DAP sebagai kerajaan yang memerintah pada PRU14 akan datang. Ini adalah sangat mustahak!
Kita akan sering mendapati kepimpinan DAP menafikan dakwaan yang mereka menguasai Pakatan Harapan, tetapi sejarah telah membuktikan kepada kita, apabila Pakatan Rakyat dibubarkan dan PAS dinyahkan dari pakatan itu, Anwar dan Wan Azizah yang kononnya adalah Ketua mereka, namun keputusan itu telah diumumkan terlebih dahulu sebelum ketuanya Wan Azizah.
DAP juga tidak akan mampu dapat memadamkan sejarah di Perak apabila Pakatan Rakyat telah berjaya mengambil alih kerajaan negeri pada PRU12 lalu, apabila Menteri Besar dari PAS sekadar dijadikan 'puppet' mereka dan segala keputusan muktamad datangnya dari kehendak DAP dan bukan keputusan bersama.
Baru-baru ini, apabila RUU355 yang melibatkan agenda perundangan Islam, parti-parti rakan di dalam Pakatan Harapan yang kononnya mewakili bangsa Melayu yang beragama Islam, mereka gagal memberi sokongan dan terpaksa mengeluarkan perbezaan pandangan yang ternyata terpaksa menjaga hati kepimpinan DAP.
Lebih ketara apabila Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang sekali lagi dijadikan 'puppet' PH dibawah penguasaan DAP, tidak mampu untuk bersuara tegas menolak acara pesta arak tahunan. Rakyat juga terkejut apabila diberitahu yang agenda Islam dan Melayu tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Pakatan Harapan.
Apabila TS Annuar menerangkan apa yang terkandung dalam perlembagaan DAP di mana negara sekularisma adalah perjuangan mereka dan Malaysian Malaysia adalah pegangan mereka, jelas soal agama dan pemerintahan negara diasingkan. Ini bermakna, agenda Islam akan berkubur jika Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya.
Malahan, di dalam kerajaan Pulau Pinang yang kini diterajui DAP, apabila ada mana-mana orang Melayu yang lantang bercakap apa saja yang mampu mencabar kedudukan Islam dan Melayu, mereka diberi kedudukan tinggi dan bergaji lumayan.
Apakah kita masih tidak nampak yang di antara DAP dan agenda Islam, berpisah itu adalah semestinya.
Inilah cabaran perjuangan UMNO apatah lagi ketika pilihanraya umum yang ke 14 berada di penghampiran garisan bagi memilih kerajaan seterusnya. Memberi penerangan seluas-luasnya kepada rakyat agar mereka faham apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Harapan.
Berbeza sekali dengan apa yang dipertahankan kerajaan Barisan Nasional sejak mencapai kemerdekaan di mana kontrak sosial yang telah dipersetujui akan tetap diteruskan. Formula pembentukan negara dan juga perlembagaan yang ada di Malaysia hari ini telah ternyata berjaya sehingga segala nikmat yang dikecapi rakyat berbilang kaum adalah berasaskannya.
TSAM juga mengingatkan yang UMNOlah yang telah menghantar memorandum untuk memastikan Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia di dalam Perlembagaan negara dan terus-terusan mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Pilihlah dengan bijak, mengekalkan Barisan Nasional yang diterajui UMNO atau membenarkan kuasa Pakatan Harapan dengan agenda anti-Islam dan anti-Melayu DAP nanti?

No comments:
Post a Comment