Sunday, October 22, 2017

HIMPUNAN HAPUS KLEPTOKRASI BUKTIKAN RAKYAT TAU APA ITU PAKATAN HARAPAN



Apabila Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyindir penganjur ‘Himpunan Rakyat: Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi’ yang akan mampu menghimpunkan lebih 2.5 juta penyokong Pakatan Harapan, seharusnya ia dijadikan cabaran dan dibuktikan pihak sebelah sana. Sindiran TSAM bukan kosong tetapi berdasarkan kepada dakwaan mereka sendiri yang menang 'popular vote' di PRU lepas dan juga kononnya rakyat kini menderu-deru beralih arah menyokong PH kerana kehadiran Dr Mahathir.

Lagipun, himpunan mereka ini diadakan di kawasan popular DAP di Petaling Jaya yang hanya berjiran dengan Kuala Lumpur yang mempunyai perhubungan yang mudah dan kawasan bandar telah menjadi tawanan popular DAP. Inikan pula, Mat Sabu selaku ketua perhimpunan, yang mendakwa mempunyai keahlian berjumlah 5 ratus ribu di dalam PAN dan penyokong Khairuddin yang telah menandatangani kempen anti Najib Razak yang berjumlah 2 juta orang.

Persoalannya, ke manakah perginya kesemua mereka ini apabila gagal menghimpunkan target 100,000 rakyat malahan kehadirannya jauh lebih sedikit sepertimana yang dilaporkan Malaysikini di sekitar 5,000 pengunjung sahaja. Apakah mereka sudah tidak tertarik lagi dengan superstar baru Pakatan Harapan dari PPBM mahupun ucapan menyengat dari Mat Sabu dan Kit Siang?

Menyedari kehadiran yang menghampakan, maka ucapan-ucapan dari superstar semua perlu lebih keji, lebih biadap dan lebih keras mengutuk dan  menghina kepimpinan negara agar mereka yang berada di padang terus kekal mendengar dan tidak cabut lari lebih awal.

Sungguh memalukan apabila Pengerusi PH Dr Mahathir sehingga terpaksa menyamakan keturunan keluarga PM Najib dari Bugis di Sulawesi sebagai lanun dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula menggelar kepimpinan negara sebagai gila. Keperibadian yang buruk oleh seorang negarawan dan seorang ketua negeri sangat mengecewakan.

Bagi TSAM, kedua-dua pemimpin yang sepatutnya dijadikan contoh peribadi yang baik tetapi sebaliknya dipertontonkan kepada rakyat. Justeru, ia adalah sangat merbahaya jika diberi kuasa pemerintahan yang jelas akan mentadbir negara dengan hanya mengikut panduan perasaan marah dan emosi.

Tan Sri Annuar Musa yang sangat berpengalaman di dalam politik negara dan juga pernah memegang jawatan menteri, amat arif dengan gelagat pembangkang dan ini termasuklah Dr Mahathir yang kini berada di blok mereka. Hakikatnya, pembangkang ini hanya hebat di permukaan tetapi sentiasa gagal terjemahkan apa saja yang diucapkan dan lebih nyata jika mereka berhadapan dengan rakyat.

Sememangnya tidak dapat dinafikan termasuklah di pihak pembangkang yang mereka mampu mengatasi kehebatan jentera UMNO dan Barisan Nasional.

Pada masa sama, TSAM mengingatkan ahli-ahli UMNO agar bergerak secara strategi yang tersusun untuk memberikan 'feel good factor' kepada rakyat' di dalam memberi khidmat kepada mereka. Di antara faktor 'feel good factor' yang perlu diketengahkan jentera UMNO/BN adalah memberitahu rakyat yang BN memiliki parti komponen yang kuat, bersatu dan bersedia untuk berkhidmat.

Lihat saja perhimpunan anti-kleptokrasi PH, hakikatnya mereka sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku dalam perundangan Amerika tetapi ingin cuba bercakap mengenainyanya. Rakyat hari ini bukan sekadar ingin mendengar retorik politik semata-mata dan mereka juga telah jelak mendengar kata-kata kesat pemimpin-pemimpin PH.

Setelah rakyat sedar apa itu Pakatan Harapan dan selepas kegagalan himpunan hapus kleptokrasi PH, jentera UMNO dan BN juga perlu teruskan usaha mereka mendekati dan berkhidmat kepada mereka. Ternyata, rakyat sekarang memilih parti politik yang mampu berkhidmat dan bukan parti yang hanya bercakap sehinggakan cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap!
 

No comments:

Post a Comment