Selagi Pakatan Harapan tidak boleh seia dan sekata untuk memilih calon Perdana Menteri mereka, selama itu mereka akan membahayakan negara jika berjaya menawan Putrajaya. Bukan sekadar menunjukkan kepada rakyat yang mereka gagal untuk bersatu tetapi lebih nyata, di antara ahli-ahli dalam Pakatan Harapan lebih mementingkan agenda dan kepentingan individu untuk mendapatkan jawatan sahaja.
Sepertimana yang telah dijelaskan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa (TSAM), apa yang diamalkan dan sentiasa diberi peringatan kepada ahli-ahlinya, UMNO tidak akan mendahulukan kepentingan individu di dalam meneruskan perjuangan dan memenangi hati rakyat. Inilah yang menjadi tunjang utama Barisan Nasional untuk mendapatkan mandat memerintah negara sekali lagi.
Tanpa segan silu kepada rakyat, perebutan jawatan utama negara telah diserlahkan sehinggakan terbawa kepada perang kenyataan secara terbuka di antara mereka.
Bermula dengan wawancara Al Jazeera bersama Wan Azizah, selaku Ketua Pembangkang dan PH, beliau telah mendedahkan rancangan PH untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan. Apa yang pasti, ini bukan kehendak Tun Mahathir. Maka secara terbuka, Tun Mahathir menawarkan dirinya untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri PH sehari sebelum Kongres PKR.
Kemudian, pada hari pembukaan Kongres PKR, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKR beserta Lim Kit Siang mengangkat placard inginkan Anwar sebagai calon PM walaupun Dr Mahathir dan Muhyiddin yang duduk sebaris dengan mereka telah menunjukkan protes mereka sambil bermain-main dengan telefon bimbit masing-masing.
Selang beberapa hari, diikuti sekali lagi penegasan Tun Mahathir. Kemudian disusuli dengan suara PAN yang inginkan Presidennya Mat Sabu pula sebagai PM PH. Walaupun Anwar kini berada di penjara, namun suaranya tetap dihebahkan kepada umum. Maka, Anwar pun telah membalas cadangan Tun Mahathir dengan peringatan yang Tun Mahathir tidak boleh menentukan siapa yang layak tanpa keputusan ramai.
Lebih melucukan apabila sayap wanita PKR mencalonkan pula anak Anwar, Nurul Izzah sebagai PM PH.
Kesemua yang berlaku ini sebenarnya adalah percaturan politik mengikut kehendak DAP. DAP adalah abang besar di dalam PH kerana memiliki kerusi terbanyak, merekalah yang akhirnya akan menentukan siapa yang paling layak. Jangan terperanjat jika DAP memilih Mat Sabu untuk meredakan kegilaan di antara Anwar dan Mahathir.
Justeru, TSAM menyeru agar UMNO dan BN mengambil iktibar dari pertelingkahan PAS dan PKR yang menjadi mangsa kepentingan politik parti cauvinis DAP.
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Tun Mahathir, TSAM amat mengetahui sikap Mahathir yang tegas di dalam pendiriannya. Bagi TSAM, apabila Tun Mahathir menawarkan dirinya, ini bermakna tiada siapa di kalangan pembangkang yang layak dan secara langsung beliau telah menolak Anwar.
Maka kecelaruan yang sedang melanda blok pembangkang ini dan berkemungkinan tiada kesudahannya, mereka tidak akan mampu menjadi pemerintah yang adil sebaliknya ia akan menggadai kestabilan negara dan juga merbahaya untuk rakyat.
Tepat sekali kata TSAM yang untuk gabungan parti-parti serpihan dan pembangkang ini terus-terusan menjadi pembangkang... OK! Tetapi untuk diberi mandat besar memikul tanggungjawab memerintah negara... negara bakal berhadapan dengan porak peranda apabila parti yang memerintah itu tidak stabil dari segi dasar-dasar mereka.
Akhirnya merea melayu Islam....Tak ada Pentabiran islam boleh bawa baik dan pembagunan kepada apa2 Negara.... selagi Islam Dominant dalam apa apa Bidang/pengurusan....maka semua oganisasi itu akan dibinasa Allah...proton, felda, MAS...tabung haji...ekonomi Malaysai...semua Bankrupt!
ReplyDelete