Saturday, June 24, 2017

MCA : KEKALKAN KEAMANAN DAN KESEFAHAMAN


"Kekalkan Keamanan dan Kesefahaman" adalah tajuk mesej ucapan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dari MCA yang disampaikan oleh Presidennya YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai untuk semua umat Islam di Malaysia.

Sebagai salah satu parti komponen utama Barisan Nasional, MCA tidak ketinggalan sentiasa menyampaikan ucapan yang mengajak rakyat Malaysia yang berbilang kaum meraikan hari kebesaran teragung bangsa Melayu dan juga umat Islam. MCA sangat mengetahui yang rakyat Malaysia dari berbilang kaum mampu bersatu dan mengeratkan tali persaudaraan dengan bersama-sama meraikan hari perayaan dan inilah keistimewaan negara kita.

Justeru, keharmonian yang dinikamti di negara pada hari ini adalah hasil usaha yang diperjuangkan dengan jayanya di bawah pemerintahan Barisan Nasional sejak selepas merdeka lagi. Sukar untuk dinafikan kerana BN mempunyai track record yang cemerlang dalam pentadbirannya yang aman dan progresif dan menentang segala jenis pecah belah antara masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan ugama.

Datuk Liow selaku Menteri Penangkutan juga tidak ketinggalan mengingatkan rakyat Malaysia agar berhati-hati memandu di jalanraya memandangkan bukan saja umat Islam akan balik kampung, malahan bangsa lain juga akan mengambil kesempatan bercuti panjang menuju destinasi masing-masing.

Berikut adalah ucapan penuh Presidan MCA;

23 hb. JUN 2017
Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.


Musim perayaan ini melambangkan keharmonian, kebahagiaan dan kesucian. Setiap tahun, rakyat Malaysia dari berbilang kaum bersatu atas talian persaudaraan utuh yang menyatukan semua tidak kira bangsa dan agama. Ternyata inilah antara keistimewaan negara kita.

Senyuman yang terukir pada wajah keluarga tercinta dan rakan-rakan tersayang pada bulan ini adalah penyeri kepada sambutan Hari Raya. Marilah kita sama-sama merapatkan hubungan dan kemesraan sesama insan agar nikmat keamanan, kesefahaman dan kemuafakatan antara semua yang dapat dilihat di negara ini akan sentiasa dirasai hingga ke generasi akan datang.

Sebagai sebuah anggota parti komponen utama, MCA nyata komited dalam menyokong usaha progresif dan kesederhanaan yang diterajui oleh Barisan Nasional demi mencipta sebuah Malaysia yang cemerlang untuk Rakyat. Sememangnya, BN mempunyai rekod yang terbukti dalam pentadbiran yang aman dan progresif serta membangkang segala jenis pecah belah antara masyarakat.

Moga bulan Syawal tahun ini membawa berkat kepada semua. Berhati-hatilah di jalan raya dan berehat seketika jika perlu.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan Maaf Zahir Batin.

No comments:

Post a Comment