Wednesday, June 07, 2017

ISU FLORENCE GOH : MCA BUKTIKAN SATU DARI BERIBU KES KEJAHATAN FITNAH RAFIZI



Walaupun Rafizi telah memohon maaf secara terbuka kerana menuduh Florence Goh terlibat dalam firma yang membuat kerja-kerja melobi di Amerika untuk Putrajaya, namun ia bukan satu penyesalan ke atas kesalahan nyatanya tetapi lebih untuk mengelak dari diambil tindakan undang-undang dari pihak yang teraniaya.

Florence Goh adalah mangsa terkini Rafizi dan pasukan 'think-tank' PKR dari Invoke. Ironinya, mereka tidak langsung memberi sebarang respon setelah cuba dihubungi sendiri oleh Florence melalui panggilan telefon dan email, tetapi sekadar membuat permohonan maaf sahaja setelah Florence membuat pendedahan terbuka melalui satu kenyataan media bersama-sama MCA yang diketuai Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA.

Apa muslihat Rafizi dan Invokenya mengelak daripada dihubungi Florence secara terus sedangkan dia juga yang mencabar agar Florence tampil ke hadapan dan membuat penjelasan? Sedangkan individu yang dituduh Rafizi tidak ada kena mengena langsung tetapi dipaksa untuk membuat penjelasan dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

Penjelasan juga diperlukan dari Rafizi dan Invoke kerana mendedahkan maklumat peribadi seseorang serta maklumat perniagaannya kepada umum dan apakah hak mereka untuk berbuat demikian? Namun, apa yang telah didedahkan adalah palsu di mana individu yang bernama Florence Goh bukanlah orang yang seperti dikaitkan Rafizi dan Invoke.

Florence telah dihubungi MalaysiaKini untuk mendapatkan pengesahan tuduhan Rafizi dan Invoke. Segalanya mengenai Florence seperti nama penuhnya dan nama syarikatnya telah didedahkan sewenang-wenangnya oleh mereka. Bukankah ini satu penganiyaan apabila Florence yang tidak bersalah dikaitkan dengan tuduhan yang beliau tidak langsung terlibat dan tidak pun mengenali ahli-ahli politik UMNO yang dinamakan Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad dan Ahli Parlimen Pulai Dato Nur Jazlan?

Rafizi dan Invoke telah tersalah menamakan Florence Goh di alamat Jalan Air Molek 2/3 sedangkan menurut maklumat ROC, CRT Insight Technologies berada di Jalan Air Molek 2/1. Walaupun ia tersalah tulis, Rafizi dan Invoke telah mendedahkan maklumat peribadi Florence Goh kepada umum tanpa kebenarannya.

Oleh kerana Rafizi dan Invoke gagal menjawab dan enggan respon kesemua usaha Florence melalui Facebook Messenger dan SMS, maka Florence tidak diberi pilihan lain melainkan meminta pertolongan dari MCA melalui Datuk Wee Ka Siong melalui SAME.

Pokoknya kini, bukan sekadar Rafizi memohon maaf kerana ingin mengelak dirinya daripada disaman Florence tetapi jika beliau seorang ahli politik pembangkang dan kumpulan 'think-tank'nya Invoke mengamalkan ketelusan dan rasa tanggungjawab, mereka seharusnya juga perlu menjelaskan kepada rakyat kesilapan yang dilakukan dan justeru membersihkan nama Florence Goh.

Apakah tidak jelas, Rafizi dan Invoke sedang menipu rakyat dengan tuduhan-tuduhan palsunya? Apakah perlu dibiarakan mereka terus-terusan menghasut rakyat dengan pelbagai tuduhan palsu? Perlu diingat lagi, PKR ada rekod kalah dengan saman beratus juta di mahkamah kerana menyebar fitnah ke atas Felda, pemimpinnya Nurul Izzah pun pernah diarah mahkamah untuk memohon maaf kepada calon BN ketika PRU13 lalu.

Hanya satu saja yang layak dikatakan PKR ini, mereka sememangnya adalah gudang fitnah dan pembohongan!

No comments:

Post a Comment