Monday, June 19, 2017

50% MUKA BARU UNTUK PRU14 DARI MCA


MCA pernah menyatakan yang mereka akan ketengahkan anak-anak muda sebagai calon mereka dalam kebangkitan mereka menghadapi PRU14 nanti. Setelah melalui proses untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan baru ini dalam transformasi politik mereka, kini MCA telah bersiap-sedia dengan 50% muka baru mereka.

Calon-calon yang bakal diketengahkan MCA nanti telah melalui proses pemilihan yang sangat ketat yang memenuhi kriteria penerimaan komuniti tempatan. Di samping itu, calon-calon MCA adalah di antara mereka yang berwibawa, berkaliberm berkeperibadian baik. Paling utama, mereka telah menunjukkan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan MCA, gandingan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong, di antara agenda utama mereka adalah memberi tumpuan khusus membuat persediaan PRU14. Justeru, satu jawatankuasa induk di peringkat pusat, negeri dan bahagian di mana di seluruh negara diwujudkan bilik gerakan.

MCA bukan saja bertekad untuk merampas semula kerusi dari DAP malahan atas keinginan untuk tidak membiarkan bangsa Cina dibiarkan terus-terusan ditipu dan diperguna DAP semata-mata untuk kerakusan berkuasa sahaja. Selama 2 penggal, bangsa Cina telah diperdaya DAP sehinggakan nasib mereka tidak terbela malahan dihasut untuk menolak MCA yang selama ini telah berjuang untuk masa depan bangsa Cina sejak sebelum merdeka lagi.

Calon-calon yang diketengahkan MCA kali ini dipilih secara saintifik yang meletakkan kebolehan berkhidmat mengatasi apa-apa unsur kronisma mahupun mengguna pengaruh pemimpin tertentu. Hanya di dalam DAP saja yang berlaku di mana sesiapa yang rapat dan memberi sokongan padu kepada Dinasti Lim anak beranak, maka mereka itulah yang bakal menjadi calon pilihan.

Lihat saja apa yang telah DAP lakukan di Pulau Pinang dalam tempoh 2 penggal mentadbir negeri ini. Kononnya berprinsipkan pentadbiran "CAT" yang berpegang kepada kecekapan, bertanggungjawab dan telus, namun hari ini pelbagai salahguna kuasa, penyelewengan, pembohongan, penindasan telah dapat didedahkan.

Jika bangsa Cina tidak ingin suara mereka didengari dan diambil tindakan di dalam kerajaan persekutuan melalui MCA, sekali lagi rakyat Malaysia akan bertanya ... apa lagi yang pengundi Cina mau sebenarnya? Apakah bangsa Cina ingin terus-terusan dibuli DAP?
 

No comments:

Post a Comment