Wednesday, May 31, 2017

DAP TAKUT JAWAB BUKU HIMPUNAN ESEI UMNO TETAPI HANYA SEKADAR BERANI MENYALAK



Sejak pertandingan terbuka untuk menulis artikel yang membuktikan DAP dan Kit Siang adalah musuh utama bangsa Melayu dan penganut ugama Islam, nampaknya mereka telah terkesan dan serangan demi serangan terhadap Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa juga tidak pernah terhenti. Rasa berang mereka disusuli pula dengan laporan polis oleh penyokong muda DAP.

Setelah berjaya dikumpulkan esei yang dipertandingkan dan kini dibukukan dengan tajuk 'DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia' yang memuatkan 16 rencana hasil pertandingan penulisan, seharusnya DAP bukan mempertikai samada UMNO takut atau tidak meletakkan nama penerbit, pencetak dan juga nama penulis.

DAP juga tidak perlu mengguna strategi lapuknya untuk menakutkan pihak lawannya dengan mengambil tindakan undang-undang. Adalah lebih tepat dan telus jika mereka menjawab setiap dakwaan di dalam buku itu. Sekadar menafikan juga bukan lagi satu tindakan yang diinginkan rakyat. 


Apakah kerana tidak mampu menjawab dakwaan-dakwaan di dalam buku tersebut memandangkan setiap penulisan disertakan dengan bukti-bukti sahih, maka DAP terpaksa mencari helah lain untuk menutup kebenaran politik kotor mereka? Di antara syarat utama pertandingan esei ini, ia perlu disertakan dengan bukti-bukti sahih.

Lebih ironi apabila DAP kini mula bercakap untuk menghindari politik kebencian sedangkan inilah kepakaran DAP sejak sebelum merdeka lagi untuk menghasut rakyat dan sebagai pencetus utama hancurnya keharmonian kaum di antara bangsa Melayu dan Cina.

Sepertimana yang telah dijelaskan Tan Sri Annuar Musa ketika berucap di majlis mengumumkan pemenang pertandingan “Kit Siang rasis” di Hotel Blue Wave Shah Alam, DAPlah perosak masyarakat Cina di negara ini. Berbeza dengan peranan yang dimainkan UMNO dan juga parti-parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA, masyarakat Cina dengan rela hati menerima dan menghormati bangsa Melayu dan UMNO.

Di samping itu, sejarah juga turut membuktikan yang Melayu UMNO adalah golongan masyarakat yang sangat menyayangi bangsa Cina kerana UMNO yang telah menyelamatkan mereka sehingga kewujudan sekolah-sekolah Cina adalah di atas restu UMNO dan kehebatan serta kekayaan mereka terjamin selagi UMNO masih ada.

Siapa selama ini yang memberikan perlindungan politik dan ekonomi kepada masyarakat Cina di negara ini jika bukan UMNO? Jika ingin dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, sehinggakan nama Cina juga tidak dibenarkan.

Parti yang pertama menerima kaum Cina dan India sebagai rakan politik adalah UMNO dan bukan parti lain. Ini memandangkan UMNO bertunjangkan perjuangan syiar Islam yang jelas termaktub di dalam perlembagaan parti yang mengajar agar tidak membenci kaum lain dan menyeru kedamaian. Apakah ini yang DAP dan sekutunya mendakwa UMNO mengamalkan rasisme?

Maka, apa yang ditegaskan Tan Sri Annuar Musa yang DAP sebenarnya telah merosakkan masyarakat Cina di Malaysia adalah tepat sekali. Sekiranya Kit Siang dan DAP ingin mensucikan diri mereka, adalah lebih baik menjawab setiap satu dakwaan yang terdapat di dalam buku tersebut. Dan sekiranya gagal, amaran Tan Sri Annuar perlu diberi perhatian agar kerosakan yang dibawa DAP selama ini perlu dicegah dan dibendung demi keamanan negara.
 

No comments:

Post a Comment