Monday, May 22, 2017

"BECOMING HANNAH" - BILA DAP GAGAL BERFAKTA, SERANG DR KAMARUL ADALAH TERBAIK


Sensitiviti yang bakal tercetus di kalangan pengundi Melayu terhadap ulasan Dr Kamarul Zaman Yusoff ke atas buku Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh bertajuk 'Becoming Hannah', sangat merisaukan DAP dan kini mereka secara berjemaah telah menyerang Dr Kamarul. Sepertimana yang boleh kita lihat daripada ulasan-ulasan pemimpin-pemimpin tertinggi DAP termasuk penyokong-penyokong mereka, jelas sekali kelompok ini gagal menjawab secara berfakta tetapi memilih untuk mempertikai kelayakan akademi Dr Kamarul dan merendahkan kualiti Universiti Utara Malaysia.

Di dalam huraian Dr Kamarul bertajuk "“Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP”, beliau bukan sekadar memberi pandangan tetapi dakwaannya  bersandarkan kepada perlembagaan negara yang berpaksikan Artikel 3 iaitu, Islam adalah agama persekutuan Malaysia yang jelas bertentangan dengan isi kandungan buku penulisan Hannah. Selain daripada perlembagaan negara, ia bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri

Di antara yang dipersoalkan Dr Kamarul adalah;

1. Hannah mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

2. Selain itu, Hannah juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Itu adalah perkara utama di sekitar ulasan Dr Kamarul yang telah memperinicikan kandungan buku 'Becoming Hannah'. Lantas, Hannah telah memulakan laporan polis terhadapnya dan disusuli dengan tindakan Dr Kamarul membuat laporan polis juga. Bagi rakyat dan terutamanya umat Islam, samada Hannah mahupun Dr Kamarul salah ataupun tidak, terpulang kepada siasatan polis dan undang-undang menentukannnya kerana masing-masing berhak mempertahankan hujah mereka.

Menariknya, jika kita masih ingat betapa Dr Mahathir cuba mensucikan DAP sehingga menulis artikel khas di dalam blognya yang bersungguh-sungguh menggambarkan bahawa DAP bukanlah parti cauvinis tetapi parti yang sangat-sangat menghormati dan mendukung perlembagaan negara. Maka, apabila Dr Kamarul membuat huraian terperinci terhadap buku Hannah, secara langsung apa yang dikatakan Dr Mahathir adalah satu pembohongan dan tipu-daya politik DAP kepada pengundi Melayu dan umat Islam di negara kita.

Ironinya, tiada seorang pun di antara pemimpin-pemimpin DAP termasuklah Lim Kit Siang menjawab secara ilmiah mahupun berfakta dengan dakwaan Dr Kamarul melainkan dijawab secara serangan 'low class' mereka, mempertikai kelayakan akademi Dr Kamarul dan kemampuan UUM sebagai sebuah universiti tempatan.

Di antara jawapan low class DAP adalah;

Ahli Parlimen Segambut merangkap Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng“Many citizens are worried about the quality of our local university lecturers after Kamarul’s statement”.

Lim Kit Siang - Kamarul Zaman Yusof’s false and malicious police report against Selangor Speaker and DAP Selangor State Assemblywoman for Subang Jaya, Hannah Yeoh, accusing her of proselytization of Muslims with the publication of her autobiography “Becoming Hannah”, raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public universities.

Teresa Kok - Being a university lecturer, Kamarul’s narrow and extreme way of looking at Yeoh’s book makes one wonder if he is suitable to continue to be an educationist.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen - "Not only is his bigotry act a shame to a multi-racial country of ours, but he, as a lecturer, will influence the minds of the younger generation to be more intolerant towards other religion."

Maka, di manakah kebolehan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin DAP ini yang mampu mempertikai dakwaan Dr Kamarul melainkan rata-rata sekadar mempertikai kelayakan akademi Dr Kamarul dan melabelkannya sebagai seorang ekstremis. Hannah sendiri juga gagal menjawab dakwaan Dr Kamarul tetapi ingin menutup kesilapannya dengan memulakan laporan polis kononnya beliau telah difitnah.

Tidak salah jika rakyat Malaysia mendapati betapa "low classnya" pemimpin-pemimpin DAP ini yang lebih kuat bersorak tetapi tidak mampu fokus untuk membuat penjelasan. Bukannya kita tidak tahu yang DAP mempunyai pakar undang-undang dan perlembagaan negara seperti Aziz Bari tetapi di dalam isu buku Hannah Yeo ini, apakah beliau dibisukan atau telah hilang taraf 'pakar' yang dianugerahkan DAP?

Jika DAP sekadar ingin bermain dengan persepsi, malang baginya kerana hujah Dr Kamarul adalah benar apabila buku 'Becoming Hannah' adalah salah dari segi undang-undang dengan ayat-ayat yang ingin menghasut umat Islam menukar ugamanya kepada Kristian. Malahan, DAP juga kini telah dibuktikan tidak menyokong dan menghormati Artikel 3 Perlembagaan negara tetapi kini secara terbuka menafikannya.

Inilah di antara gerakan licik DAP untuk menghapuskan Islam dan Melayu di negara kita sepertimana yang telah ditulis ... DI SINI. Dr Mahathir boleh membelit, DAP boleh menipu tetapi bangsa Melayu dan umat Islam tidaklah sebodoh yang disangka mereka untuk menerima apa saja yang mereka katakan dan lakukan.

Kita tidak mengharapkan ketelusan DAP kerana mereka akan nampak terlalu bodoh apabila menjadi terlalu jujur.

No comments:

Post a Comment