Thursday, November 10, 2016

DATUK WEE : APA PERLU DIPOLITIKKAN PROJEK ECRL YANG BELUM DIMUKTAMADKAN?




Jika faham apa yang dikatakan Datuk Wee Ka Siong di dalam video di atas, beberapa perkara perlu kita ketahui agar tidak tertipu dengan tuduhan-tuduhan liar pemimpin pembangkang;

Kos akhir projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) belum lagi dimuktamadkan walaupun kos porjek 600km dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan diumumkan itu kira-kira RM55 bilion kerana ia membabitkan banyak pihak berbeza.

Ia sekadar satu memorandum persefahaman (MoU), bukan kontrak atau perjanjian kerana tiada terdapat sebarang perincian spesifikasi teknikal projek secara khusus. Kontrak sebenar akan hanya wujud setelah kedua-dua pihak bersetuju dan memuktamadkan segala butiran.

Oleh itu, mengapa perlu pembangkang politikkan sesuatu yang tiada perinciannya melainkan sekadar dijadikan modal politik mereka?

Terdahulu, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin telah membuat tuduhan yang kos projek ECRL adalah terlalu tinggi dan terus membuat pengiraan sendiri yang kelihatan seperti pemikiran seorang kanak-kanak dengan membahagi jumlah pinjaman dan jumlah jarak landasan keretapi di mana beliau mendapat nisbah RM92 milion untuk setiap satu kilometer.

Dr Hatta Ramli dari PAN-Kuala Krai pula berfikiran lebih sempit apabila memiih pembinaan jalan raya daripada projek keretapi kerana beliau merasakan akan kurang mendapat sambutan sedangkan beliau pun tahu yang saban tahun di setiap cuti perayaan ke Pantai Timur, jalanraya akan sentiasa sesak.

Lebih kelihatan dangkal dan bersikap iri hati, apabila Rafizi mengancam untuk menyekat projek ECRL yang akan melalui negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang dan pastinya ia adalah Selangor.

Sedangkan, pinjaman yang ditawarkan Export-Import (Exim) Bank of China adalah lebih kompetitif berbanding dari negara Jepun dan negara-negara Eropah. Malahan China bersetuju untuk memindahkan teknologi keretapi kepada Malaysia. Ini bermakna, walaupun sumber kewangan adalah dari negara China, tetapi kerajaan Malaysia diberi hak untuk memilih penyertaan kontraktor tempatan.

Apa saja yang dilakukan Barisan Nasional pasti akan mendapat kritikan dan tentangan dari pembangkang walaupun ia bakal membawa manfaat kepada rakyat. Masihkah kita ingat, siapa yang kuat mengkritik projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dulu jika bukan pembangkang? Hari ini, siapa yang sewenang-wenangnya mengguna lebuhraya ini?

Mengkritik untuk sekadar modal politik murahan adalah kehebatan pembangkang dan jika rakyat Pantai Timur khasnya dan rakyat Malaysia amnya, akan terpengaruh, maka akhirnya yang rugi adalah rakyat dan bukan ahli-ahli politik pembangkang. Jika mereka tidak mampu membangunkan negara, mereka juga diharap agar tidak menyekat kemajuan rakyat pula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu mengumumkan projek itu akan dijalankan secara berperingkat melibatkan laluan dari Pelabuhan Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan akhirnya Tumpat.

Pelaksanaan ECRL dijangka bermula tahun depan dan siap pada 2022.

No comments:

Post a Comment