Thursday, October 20, 2016

DATUK WEE : DAP JOHOR IBARAT YANG BODOH TIDAK DAPAT DIAJAR, YANG PANDAI TIDAK BOLEH DIIKUT


Di sebalik dakwaan Pengerusi Johor Liew Chin Tong yang kononnya telah mendapat sokongan Melayu di Johor setelah Adun Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh melompat ke Parti baru Muhyiddin PPBM, rupanya bukan saja mereka tidak realistik malahan telah dianggap Timbalan Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA Johor, Datuk Dr Wee Ka Siong seperti pepatah Melayu 'yang bodoh tidak dapat diajar, yang pandai tidak boleh diikut'.

Datuk Wee juga telah mendedahkan yang DAP Johor sekadar membuat dakwaan saja untuk mengabui mata rakyat tetapi pada hakikatnya mereka langsung tidak membuat kerja untuk rakyat.

Jika benar bagai dikata Liew(DAP) yang pakatan pembangkang sudah mendapat sokongan Melayu, Datuk Wee sarankan agar pada pilihanraya akan datang DAP bertanding saja di kawasan UMNO dan bukan di kawasan MCA saja.

Melihat kepada kepimpinan yang diterajui Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dinamik dan cemerlang, tidak ada sebab BN Johor perlu panik dengan tindakan hanya seorang ADUN yang melompat parti. Sedangkan, BN masih menguasai 37 kerusi daripada 56 yang telah ditandingi pada pilihanraya lalu.

Berkemungkinan Liew(DAP) telah mempercayai terus kata-kata Muhyiddin Yassin yang mendakwa BN Johor telah kehilangan 2/3 majoriti sedangkan tanpa majoriti itu pun kerajaan BN masih boleh berfungsi dengan baik. 2/3 majoriti hanya diperlukan jika perlembagaan negeri ingin dipinda tetapi sehingga kini Johor ditadbir dengan baik apabila untuk meluluskan bajet pun hanya memerlukan majoriti mudah iaitu sekadar 19 ADUN untuk bersetuju.

BN Johor sedar mengenai niat pembangkang untuk menembusi negeri ini memandangkan ia adalah kubu kuat parti pemerintah dan tempat kelahiran Umno. Johor sememangnya sentiasa diintai oleh pembangkang kerana ia percaya ia boleh membuka jalan untuk menawan Putrajaya. Namun, hakikat yang sedang disembunyikan pembangkang, kekuatan mereka telah berpecah.

Hanya dengan formula 1 lawan 1 saja yang mampu menggugat kubu BN dan ini tidak pula berani disebutkan Liew(DAP) kerana apa yang telah berlaku di PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan terus berlaku di PRU14 nanti juga.

Walaupun dengan wujudnya PAN dan PPBM, PAS adalah parti kedua terbesar pengundi Melayu dan itu adalah kekuatan Pakatan Rakyat dahulu. Kini, DAP terpaksa bergantung kepada dua parti serpihan yang belum tentu mendapat sambutan rakyat Johor.

Di PRK Parlimen Sungai Besar, peningkatan pengundi cina di DUN Sekinchan telah membuat DAP risau. Ini adalah kerana MCA telah berjaya dengan strategi kempen mereka yang memilih untuk bersedia berkhidmat berbanding dengan DAP yang sekadar berceramah dengan hasutan dan penipuan.

Siapa sebenarnya panik di sini?

No comments:

Post a Comment