Thursday, October 06, 2016

DATUK LIOW : DUNIA TERUS PILIH MALAYSIA DALAM MAJLIS ICAO


Untuk kali keempat, Malaysia sekali lagi terpilih menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa atau International Civil Aviation Organisation (ICAO) bagi penggal 2016-2019, di mana hanya 2 buah negara saja terpilih mewakili negara-negara di rantau ASEAN, selain Singapura. Berita kedua yang membanggakan negara adalah apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung (ICAO) ke-39.

Dari jauh di Montreal Canada, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berkongsi mesej di laman Twitternya yang sedang berlangsung mesyuarat Perhimpunan Agung ICAO sehingga 7 Oktober nanti.


Malaysia telah terpilih menyertai Majlis CIAO sejak 2007 sejak menyertai sebagai anggotanya pada tahun 1958. Ketika pemilihan, negara kita telah mendapat sebanyak 129 daripada 172 undi dari negara-negara ahlinya. Di antara negara-negara yang terpilih sebagai kumpulan negara-negara pembuat keputusan di PBB khusus untuk penerbangan awam termasuklah negara-negara maju dan negara membangun seperti Amerika, Australia, Japan, India and Mexico.

Kesungguhan sumbangan Malaysia yang berterusan di dalam merealisasikan visi ICAO bagi memastikan 'No Country Left Behind' di mana piawaian dan amalan antarabangsa perlu ditegaskan perlaksanaannya dan juga inisiatifnya dalam ‘Next Generation of Aviation Personnel’, negara akan terus memenuhi keperluan latihan komuniti penerbangan global melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Justeru, Datuk Liow telah menegaskan yang Malaysia tidak pernah kompromi di dalam usaha ke arah meningkatkan standard keselamatan dan juga jaminan keselamatan penerbangan awam di ruang udara global. Pada masa yang sama, selaku Menteri Pengangkutan Datuk Liow telah diberi penghormatan menyuarakan aspirasi Malaysia di dalam menangani masa depan penerbangan awam dunia ketika berucap di Perhimpunan ICAO kali ini.

Sebagai salah satu pemain utama di antara negara anggota ASEAN, Malaysia juga sentiasa menggalakkan kerjasama antarabangsa yang lebih erat di kalangan negara penerbangan awam di mana kerjasama ini mampu memberi peluang baru serta faedah sosio-ekonomi kepada semua negara anggota ICAO nanti.

Dengan perlantikan kali keempat ini juga, sekali gus menyatakan bahawa walaupun Malaysia sebuah negara kecil di pentas dunia, namun dengan kepakaran dan kesungguhan kerajaan di bawah kepimpinan yang diterajui Barisan Nasional, suara Malaysia bukan sekadar lantang malahan akan bersama-sama dengan negara-negara berkuasa dunia lain membuat keputusan.



Ini adalah pengiktirafan dunia kepada negara kita dan syabas kepada Datuk Liow yang telah menerajui negara sehingga mampu kekal dipilih menganggotai Majlis ICAO sebaris dengan negara gergasi yang lain.

No comments:

Post a Comment