Thursday, September 29, 2016

SPAD : BERSELFIE SAMBIL BERKARYA UNTUK PERADUAN #5TAHUNLPT DI INSTAGRAM


Untuk kali ke5, SPAD menganjur Simposium Pengangkutan Awam Darat (Land Public Transport - LPT) dan saban tahun, pasti sesuatu yang menarik akan diadakan di samping acara perbincangan yang serius dan penganugerahan pengiktirafan kepada mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri pengangkutan awam.

Satu peraduan bagi pengguna dan juga peminat pengangkutan awam darat sebagai acara tambahan Simposium LPT kali ini yang diadakan melalui media sosial di Instagram - #5TahunLPT yang bakal dimulakan pada 30 September nanti dan berakhir pada 10 Oktober. Syarat-syaratnya tidaklah sukar dan yang pasti ia melibatkan kegemaran rakyat hari ini iaitu berselfie dan juga dikongsikan di media sosial untuk disaksikan rakan-rakan.

Di samping itu, peraduan ini juga mampu menyerlahkan bakat tersembunyi seseorang dengan daya kreatif masing-masing di samping diberi hadiah yang agak menarik juga. Ikut saja langkah-langkah seperti berikut;
Langkah #1 - Ikuti akaun Instagram SPAD (@spadmalaysia) dan pastikan akaun anda ditetapkan sebagai awam.  
Langkah #2 - Ambil gambar atau video dengan sebarang pengangkutan awam darat di Malaysia.
 Langkah #3 - Muat naik gambar atau video tersebut ke akaun Instagram anda.
Langkah #4 - Lengkapkan slogan, “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan .....” dan sertakan sekali #5TahunLPT #SPAD pada kapsyen anda. 
Langkah #5 - Nantikan pengumuman senarai pemenang di akaun Facebook dan Instagram SPAD pada 21 Oktober 2016.

Anda juga akan berpeluang memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM2,000 dan hadiah yang pasti ditunggu-tunggu adalah jam tangan eksklusif ‘TimeTraveller’.

Simposium LPT tahun ini akan menyaksikan perkembangan pengangkutan awam yang diterajui SPAD selama 5 tahun dengan bertemakan '"Pengangkutan Awam: Transformasi Negara" bakal diadakan pada 16 & 17 Oktober nanti dan bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Simposium LPT ini adalah acara yang terbesar yang dianjurkan setiap tahun oleh Suruhanjaya sebagai wadah untuk mengumpulkan pemain-pemain industri LPT, kerajaan, pembuat dasar, badan bukan kerajaan, ahli akademik, pengawal selia, pelajar dan masyarakat awam untuk berkongsi amalan terbaik dan pandangan yang akan membentuk masa depan dan landskap LPT.

Ia juga digunakan sebagai platform untuk pertukaran idea bertujuan untuk mempamerkan kemajuan LPT serta mengenal pasti inovasi yang boleh membantu meningkatkan lagi industri.

Simposium ini juga akan menganjurkan pameran yang dijangka menjadi pameran pengangkutan awam terbesar setakat ini. Pameran percuma ini juga akan memberi peluang untuk kita menerokai pelbagai kerjaya dalam bidang yang dinamik ini.

Di Majlis Makan Malam dan Anugerah Industri pula, merupakan acara yang berprestij yang diadakan setiap tahun untuk memberi penghormatan kepada pengusaha pengangkutan awam dan pemandu yang telah menunjukkan kecemerlangan mereka dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai.

Pada tahun ini, SPAD akan menganugerahkan Operator Terbaik, Pematuhan Keselamatan Terbaik, Pengurusan Aduan Terbaik, Inovasi Terbaik dan anugerah Khidmat Pelanggan untuk bas, kargo, keretapi dan juga terminal. Terdapat juga akan pengiktirafan khas sebagai penyumbang contoh kepada industri pengangkutan awam darat yang merangkumi pemandu individu dari teksi dan bas termasuk juga dari kumpulan atau persatuan.

Untuk maklumat sepenuhnya, layari ...... DI SINI

No comments:

Post a Comment