Thursday, May 19, 2016

PERJANJIAN KERETAPI LAJU KL-SINGAPURA AKAN TETAP BERLAKU


Sekian lama, rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran apakah perkembangan seterusnya projek keretapi laju KL-Singapura, kini Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak telah memaklumkan tandatangan memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan sejawatnya dari Singapura PM Lee Hsien Loong dijangka berlaku pada bulan Julai nanti.

Perkara ini juga telah disahkan CEO MyHSR Corporation En Mohd Nur Ismal di mana rundingan yang masih dijalankan kini berada di peringkat akhir dengan beberapa lagi isu-isu kecil. MoU yang bakal berlangsung pada bulan Julai nanti akan lebih menyeluruh termasuk teknologi, keselamatan, peraturan, dan perolehan, menentukan bagaimana kontrak akan dilaksanakan.

Di antara lain dikatakan MoU ini akan merangkumi juga perkara-perkara pokok seperti syarat-syarat pembiayaan, pembinaan dan pengendaliannya. Struktur pembiayaan untuk projek itu sedang dimuktamadkan dan pengumuman mengenai peruntukan yang dipersetujui kos dijangka selepas majlis menandatangani MoU itu.

MoU ini akan menyediakan asas untuk perjanjian dua hala mengenai projek itu, yang mungkin akan ditandatangani pada akhir tahun ini.

Pada masa yang sama, pihak MyHSR telah menyiapkan tender penasihat teknikal untuk menyokong projek dan kontrak yang akan ditandatangani dengan pembida yang menang dalam tempoh beberapa minggu akan datang. 



Seperti yang pernah dijangkakan Pengerusi S.P.A.D. Tan Sri Syed Hamid Albar, pihak Suruhanjaya yang dilantik sebagai fasilitator bagi pihak kerajaan Malaysia telah membuat persediaan kerjasama perkongsian dengan beberapa negara yang berminat seperti Jepun dalam aspek latihan untuk rakyat Malaysia.

Bukan saja rakyat Malaysia teruja dengan projek HSR ini malahan keseronokannya juga dirasai di seluruh dunia. Dilaporkan bahawa kerja-kerja pembinaan di HSR dijadual bermula pada 2017 dan siap pada 2022.

Kita tonton apa pula pandangan YBerbahagia Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; 


No comments:

Post a Comment