Saturday, May 21, 2016

MCA PULAU PINANG DEDAHKAN SIKAP GUAN ENG YANG TIDAK TAHU MALU


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bukan setakat gemar berbohong namun sering mendabik dada dan berlaku angkuh walaupun ia bukan pencapaian pentadbiran kepimpinannya.

Ketika menjawab soalan ADUN Teluk Bahang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Isnin (16 Mei), bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang mampu membayar hutang kepada kerajaan persekutuan, Guan Eng telah mengaku bahawa hutang Pulau Pinang adalah yang paling rendah dalam negara.

Jika mendengar kenyataan Guan Eng, seolah-olah pentadbirannya sangat efisien dan komited dalam menjelaskan hutang kepada kerajaan pusat. Namun, Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong telah mendedahkan yang Guan Eng telah sembunyikan beberapa fakta penting dengan sengaja.

Di dalam dakwaan Guan Eng yang mengaku hutang kerajaan negeri telah dikurangkan sehingga 90%, rupanya kerajaan pusat telah banayk membantu mereka.

Dr Tan mengingatkan Guan Eng yang beliau pernah mengaku terpaksa menandatangani perjanjian penstrukturan semula air dan maka itulah hutang Pulau Pinang berkurangan dari RM600 juta ke RM69.47. Kerajaan pusat telah menerima pemindahan semua aset air Pulau Pinang pada tahun 2011 dari PBAPP kepada PAAB untuk menstruktur semula hutang mereka.

Pada masa yang sama, Barisan Nasional telah menghadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang dengan meningkatkan bekalan air negeri sebanyak tiga kali ganda dengan membekalkan 80% air minuman di mana kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion untuk menaiktaraf Empangan Mengkuang.

Sedangkan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuli rakyat Pulau Pinang dengan menaikkan tarif air sebanyak 3 kali hanya dalam masa tujuh tahun.

Hutang Pulau Pinang yang dimaksudkan Guan Eng sebanyak RM69.47 juta itu adalah sejak dari 2011 dan kerana gagal menyelesaikannya, maka kerajaan pusat telah berbesar hati untuk membenarkan mereka membayar ansuran tanpa faedah selama 45 tahun.

Dr Tan juga mengkritik kerajaan kepimpinan Guan Eng kerana menyelesaikan perbelanjaan kerajaan negeri dengan menjual tanah-tanah di pulau tersebut.

Barulah kita tahu bagaimana Guan Eng bukan saja telah menggadai aset negeri malahan cuba berbohong kepada rakyat Pulau Pinang seolah-olah beliau prihatin dengan masa depan mereka.

Tanpa prihatin dan pendedahan dari MCA Pulau Pinang, bukan saja rakyat Pulau Pinang akan ditindas dan ditipu kerajaan DAP malahan seluruh rakyat Malaysia juga akan turut terjejas dengan ketidakcekapan kerajaan DAP di Pulau Pinang nanti.

Politik penipuan DAP sememangnya hebat tetapi dengan adanya MCA Pulau Pinang, segalanya akan pasti didedahkan.

No comments:

Post a Comment