Monday, May 23, 2016

INKUIRI INSIDEN KEMALANGAN KERETAPI 7 MEI, SPAD BERTINDAK

Kejadian yang melibatkan keretapi (KTM) bertembung dengan Keretapi ETS berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu pada 7 Mei lalu bukanlah sesuatu yang akan dipandang ringan dari pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Namun sejurus kemalangan ini berlaku, pihak SPAD telah mengeluarkansatu kenyataan rasmi untuk pengetahuan umumseperti berikut;

 

Kini, piahk SPAD menyusul dengan satu pengumuman untuk diadakan panel inkuiri seperti berikut;

1. Panel inkuiri akan dijalankan bagi insiden 7 Mei 2016 yang melibatkan tren Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu.

2. Pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik adalah di antara panel yang dipertanggungjawabkan menyiasat.

3. Hasil siasatan awal KTMB mengenalpasti punca insiden dan berkemungkinan kesilapan untuk mengikuti prosedur.


4. Ketika inkuiri dijalankan, panel inkuri ini akan menyemak kecekapan tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan.

5. Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan diminta untuk hadiri bagi memberi keterangan untuk membantu inkuiri.

6. Insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD).

Berdasarkan inkuiri insiden rel yang pernah dijalankan oleh pihak SPAD, siasatan ini dijangkakan akan mengambil tempoh masa selama tiga (3) bulan.

Panel inkuiri yang ditubuhkan khas ini bukanlah kali pertama dan bukan sekadar formaliti dan juga bukan untuk sekadar mencari kesalahan tetapi ia satu tanggungjawab di dalam usaha memperbaiki perkhidmatan rel agar pihak KTMB terus diyakini rakyat.

Jangan pula ada pihak yang cuba mengambil kesempatan sedangkan pihak SPAD berusaha dan komited menjalankan peranan mereka. Bukan sesuatu yang mudah di dalam menjalankan siasatan apabila pihak SPAD perlu meneliti setiap aspek termasuk teknikal malahan mereka juga sedaya upaya perlu berlaku adil dan saksama terhadap mereka yang terlibat.

Berilah mereka masa yang secukupnya dan tidak perlu dicampuri dengan kenyataan-kenyataan yang bermatlamatkan politik semata-mata.

 

No comments:

Post a Comment