Saturday, April 09, 2016

PERUBAHAN BAS HENTI-HENTI UNTUK KORIDOR SUNGAI BESI PULA




Di dalam kenyataan media dari pihak SPAD baru-baru ini, penambahbaikan kali ini melibatkan koridor Sungai Besi dan berkuatkuasa pada 7 April 2016.

Perlu kita ketahui pihak Suruhanjaya sentiasa bersikap terbuka dan apabila ada perubahan ia hanya untuk penambahbaikan dan segala usaha ini adalah dari pemantauan SPAD dan respon dari penumpang-penumpang yang berkaitan.

Di antara tindakan perubahan ini melibatkan juga prestasi syarikat pengendali bas di mana pihak SPAD sangat mementingkan ketepatan waktu dan memastikan bas sediada di setiap laluan yang merupakan janji syarikat-syarikat ini kepada SPAD apabila ditawarkan perkhidmatan mereka.

Penumpang diberi jaminan oleh pihak SPAD yang langkah proaktif sentiasa dan berterusan sehingga isu-isu operasi selesai. Pihak SPAD memantau operasi syarikat-syarikat pengendali bas melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS).

Di antara jaminan yang diberi SPAD adalah pihak suruhanjaya ini tidak akan kompromi dengan syarikat pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetap dan dipersetujui. Oleh itu, a kepada semakan semula dan setiap penambahbaikan laluan serta jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum balas pengguna.

Berikut adalah penyelarasan BNR bagi koridor Sungai Besi berkuatkuasa pada 7hb April 2016;

Penyelarasan laluan ini dilakukan selepas penilaian SPAD terhadap pengendali bas, Metrobus yang gagal mematuhi piawaian minima yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya. Laluan yang diselaraskan adalah seperti berikut:   


 
1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh Nadi Putra. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.  


2. Laluan 540 (Bandar Putra Permai – HAB Lebuh Pudu) akan dikendalikan oleh RapidKL.
Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit.  

3. Laluan 570 (Serdang Jaya – Serdang Raya – LRT Bukit Jalil) akan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit. 

4. Laluan T571 (Taman Sri Pulai – Stesen LRT Sungai Besi) akan dikendalikan oleh RapidKL.
Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 45 minit.  

Berikut adalah dua laluan yang terlibat dalam penyelarasan semula (Laluan 502 dan Laluan 541):  

1. Laluan 502 yang beroperasi dari Putrajaya Sentral – KTM Serdang akan digabungkan dengan Laluan 501 (Putrajaya Sentral – KTM Serdang – HAB Lebuh Pudu) dan dinomborkan semula sebagai Laluan 501. Laluan ini akan dikendalikan oleh Nadi Putra dengan waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.  

2. Laluan 541 (Pangsapuri Enggang – Bandar Putra Permai – KTM Serdang) akan dipanjangkan sehingga stesen LRT Kinrara BK5. Laluan ini kini akan beroperasi dari stesen LRT Kinrara BK5 - Pangsapuri Enggang- Bandar Putra Permai dan dikendalikan oleh RapidKL. Waktu operasi bermula dari 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan kekerapan 30 minit.  

Orang ramai digalakkan menghubungi SPAD di talian 1-80088-7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan mereka atau e-mel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan bas, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr  

No comments:

Post a Comment