Monday, April 04, 2016

PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA PILIH #McCafe di MIHAS 2016


Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2016 atau MIHAS telah pun berakhir pada 2 April lalu dan McDonald's telah mengambil bahagian di dalam menggalakkan pematuhan Halal dalam proses penyediaan makanannya.

Sebagaimana pernah di tulis mengenai proses Halal yang diberi keutamaan dari pembekalan, proses penyediaan sehingga ke rangkaian restorannya, McDonald's Malaysia telah diberi pengiktirafan sebagai ikon Halal oleh pihak kerajaan dari MITI.

Ketika MIHAS 2016 diadakan, gerai McDonald's di Dewan 4, B32 dan B37 telah mendapat perhatian pemimpin-pemimpin negara untuk merasakan kenikmatan pelbagai minuman kopi dan juga hidangan makanan di McCafe mereka. Yang pasti, hidangan minuman kopi McDonald's bukan sahaja lazat dan dihidang di dalam pelbagai cara, tetapi ia diyakini halal.

Perdana Menteri DS Najib Razak juga telah meluangkan masanya di gerai McCafe;


... dan di antara lain yang telah meluangkan masa mereka termasuklah;


MIHAS adalah pameran perdagangan tahunan yang diadakan setiap tahun di Kuala Lumpur, Malaysia. Dianjurkan oleh kerajaan Malaysia, MIHAS dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Bertepatan dengan komitmen McDonald's memastikan untuk menghidang makanan Halal dan semua produk yang diproses dan dihasilkan mematuhi undang-undang Syariah, penyertaan McDonald's dilihat lebih kepada memberi keyakinan kepada dunia yang proses untuk mendapatkan sijil halal bukan sesuatu yang mudah melainkan perlu melalui proses-proses yang sangat ketat yang merangkumi aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan juga.

Hasil daripada mendapat kelulusan pematuhan sijil halal JAKIM, McDonald's juga telah berjaya menembusi pasaran global terutama ke negara-negara Arab di Timur Tengah untuk membekal daging-daging ayam... 

Baca seterusnya ...

PENDEKATAN 'OPEN DOOR' MCDONALD'S MALAYSIA TELAH BERJAYA YAKINKAN NEGARA ARAB BERDEKAD YANG LALU 

#MCDONALD'S MALAYSIA DIKAGUMI HINGGA KE PERINGKAT ANTARABANGSA

 

No comments:

Post a Comment