Wednesday, April 13, 2016

KEMPEN KESEDARAN S.P.A.D KURANG MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT?



Pengangkutan Awam Darat adalah sebenarnya tanggungjawab bersama di antara syarikat pengendalinya, institusi penguatkuasaannya dan juga penggunanya iaitu kita sebagai rakyat. Kenderaan seperti teksi, bas dan keretapi adalah pengangkutan awam darat yang sering mendapat perhatian ramai tetapi adakalanya terlupa akan nilai-nilai murni dan keprihatinan umum ketika mengguna pengangkutan awam ini.

Pihak SPAD telah sering menyalurkan maklumat-maklumat mengenai pengangkutan awam seperti jika ada penambahbaikan, pembaharuan dan juga peringatan. Namun ramai di antara kita yang mengambil sikap mudah dan mungkin tidak ingin ambil tahu sehingga sesuatu berlaku, maka barulah kita akan bertindak. Lebih malang apabila kita hanya sedar untuk menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada badan berkuasa seperti S.P.A.D.

Apa kata sebagai rakyat di mana kita yang memainkan peranan penting untuk menjaga dan memastikan setiap pengangkutan awam dijaga dengan baik dan bersama-sama S.P.A.D menyebarkan kesedaran dan prihatin serta sikap bertanggungjawab kita.

Di antara kempen kesedaran dan prihatin yang telah dijalankan baru-baru ini di Facebook SPAD yang boleh disebarkan dan dikongsi untuk faedah bersama dan di antaranya adalah;

Bersama-sama menjaga kebersihan dan keselesaan bas ......






Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing....








Masa yang terluang ketika menunggu, lebih berfaedah jika....




Hubungi mereka sekiranya...








Perkara yang mungkin kita terlepas pandang.....








S.P.A.D juga memudahkan pengguna pengangkutan awam dengan menyalurkan maklumat-maklumat penting seperti;





Pelbagai maklumat yang telah disalurkan pihak S.P.A.D. dan baru-baru ini sistem perjalanan bas henti-henti di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah dikemaskini dan setiap perubahan boleh diperolehi di laman Facebook rasminya.

Di samping itu, pihak S.P.A.D juga telah sering membuat pengumuman setiap polisi pengangkutan awam darat yang telah diluluskan kerajaan seperti kenaikan tambang teksi dan bas ekspres serta keputusan-keputusan kerajaan untuk memberikan diskaun kepada pengguna bas henti-henti.

Pihak S.P.A.D bukanlah sekadar sebagai penguatkuasa dan pelaksana setiap polisi kerajaan tetapi institusi ini juga berkongsi kesedaran dan prihatin kepada rakyat betapa pentingnya peranan kita dalam memastikan setiap perjalanan kita sentiasa berjalan lancar dan dalam keadaan selamat serta selesa.

Oleh itu, di antara kita yang sering melayari media sosial hampir setiap masa dan setiap hari, apa kata kita bersama-sama berkongsi dan menyebarkan kempen-kempen dan maklumat-maklumat dari S.P.A.D seluas-luasnya demi menjadikan pengangkutan awam sebagai mod keutamaan kita bersama.

Akhir sekali...


No comments:

Post a Comment