Friday, April 01, 2016

AKHIRNYA WALL STREET JOURNAL KALAH!


Kredibiliti Wall Street Journal hampir dimusnahkan apabila terlalu bergantung kepada maklumat ProTun yang ternyata kebanyakannnya adalah salah dan sengaja diada-adakan terutama sumber dari Sarawak Report.

Jika ada yang masih ingin tahu kenapa WSJ tidak disaman, ini di antara penerangannya...
KENYATAAN BERKENAAN WALL STREET JOURNAL OLEH SETIAUSAHA AKHBAR Y.A.B PERDANA MENTERI
31 Mac 2016

Hari ini, untuk pertama kalinya, Wall Street Journal akhirnya terpaksa mengakui bahawa sebahagian daripada dana yang disalurkan kepada Y.A.B Perdana Menteri adalah dari Saudi Arabia.

WSJ mengambil masa hampir setahun menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Saudi Arabia dan membuat serangan balas terhadap mereka yang tidak menyebelahi pihak mereka.

Ini termasuklah Peguam Negara yang juga menjadi mangsa keadaan mereka setelah kerja keras beliau yang terpaksa melakukan pelbagai penyiasatan
menyeluruh ke atas bukti-bukti, termasuklah bukti pemindahan atas talian serta menjalankan temubual khusus bersama keluarga diRaja Saudi yang akhirnya memihak kepada Y.A.B Perdana Menteri, bahawa dana tersebut adalah bersumberkan daripada keluarga diraja Saudi Arabia.

Walaupun bukti-bukti siasatan daripada pihak berkuasa negara dan pengakuan daripada Menteri Luar Saudi Arabia telah mengukuhkan lagi bahawa kebenaran berpihak kepada Y.A.B Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, namun ini tidak cukup untuk menyekat serangan berniat jahat WSJ terhadap kredibiliti Perdana Menteri.

Ini sekaligus menunjukkan bahawa WSJ bersifat berat sebelah dalam menyampaikan laporannya, dan membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas kerana ianya bukanlah berniat untuk memberikan fakta. Malahan, laporan palsu tersebut seolah-olah menjadi tunjang kepada kempen Anti-Najib yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Kegagalan mereka untuk menerima fakta bahawa dana tersebut adalah bersumberkan daripada keluarga diraja Saudi Arabia seperti yang dibuktikan melalui siasatan lengkap dan pengakuan khas, menyebabkan mereka semakin teruja untuk mengaibkan pihak yang benar sebagai cara menutup kesilapan yang telah mereka lakukan.

Namun, hari ini adalah titik tolak yang menjadi pemangkin untuk WSJ akhirnya bakal berkata benar dan mengakui bahawa selama ini mereka telah berada di pihak yang salah dan bahawa laporan mereka adalah tidak berasas sama sekali.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDIN

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA Y.A.B PERDANA MENTERI

Diterjemah oleh : KKMM



No comments:

Post a Comment