Saturday, March 26, 2016

SPAD UTAMAKAN ORANG AWAM SEBELUM BAIK PULIH LANDASAN KVDT


Pihak SPAD dan KTMB nampaknya telah mengambil kata sepakat untuk mengutamakan soal keselamatan dan kebajikan orang awam dengan memastikan perjalanan setiap tren lancar sebelum kerja-kerja membaik pulih landasan di bawah projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT).

Bagi meyakinkan pihak SPAD sebagai pihak berkuasa yang mengawal selia setiap pengangkutan awam darat, satu lawatan kerja bersama Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar telah diadakan untuk melihat sendiri keadaan landasan di beberapa stesen KTM.

Bagi pihak KTMB, Presidennya Datuk Sarbini Tijan berpandangan yang punca tren sering tergendala dan mengalami kelewatan serta kemalangan adalah kerana kegelinciran di landasan tren sediada yang telah terlalu lama.

Demi mengutamakan orang awam, pihak KTMB memberi jaminan yang projek ini hanya akan dimulakan setelah mendapat kelulusan pihak SPAD yang meletakkan syarat di antaranya aspek kawalan dan keselamatan di kawasan-kawasan yang terlibat. Pada masa yang sama juga , KTMB beri jaminan untuk mengurangkan gangguan perjalanan tren terutama di waktu puncak.

Tan Sri Syed Hamid juga mengingatkan KTMB untuk menangani segala aduan pengguna dan membuat persediaan rapi dalam menangani apa jua masalah yang bakal timbul.

Kerja membaik pulih ini akan dibuat secara berperingkat yang bakal bermula dari landasan Stesen Rawang - Simpang Batu, Kuala Lumpur - Simpang Pelabuhan Klang, Sentul - Simpang Batu dan Pelabuhan Klang-Salak Selatan.



Sehingga pihak SPAD berpuas hati dengan segala aspek keselamatan, kebajikan orang awam, kelancaran perjalanan tren terutama di waktu puncak dan kesediaan pihak KTMB menjawab aduan rakyat, barulah projek ini diberi kelulusan untuk memulakannya.

Sebagai rakyat dan pengguna pengangkutan awam, diharap setiap aduan disalurkan terus kepada KTMB dan pihak mereka akan pro-aktif di dalam respon mereka serta sentiasa memaklumkan orang awam dengan maklumat-maklumat terkini memandangkan projek ini hanya akan selesai dijangka pada tahun 2019.

Lapuran secara terperinci telah dilaporkan AgendaDaily .... DI SINI

No comments:

Post a Comment