Thursday, March 17, 2016

PERUBAHAN LALUAN BAS DI KORIDOR JALAN IPOH (TERKINI)

Sejak pihak SPAD umumkan perlaksanaan Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR) di laluan Lembah Klang, pemantauan demi pemantauan rapi dilakukan bagi memastikan perubahan ini dapat memberi manfaat kepada penumpang. Pihak SPAD juga telah beri jaminan yang perlaksanaan BNR ini bukanlah sesuatu yang statik sehingga mengenepikan pandangan dan maklumbalas penumpang.

Pihak SPAD juga sangat bertegas dengan pengendali-pengendali bas yang diberi tanggungjawab menyediakan bas yang cukup dan ketepatan waktu perjalanan bas mereka. Di samping itu, SPAD tidak sekali-kali kompromi dengan tingkah-laku serta displin pemandu-pemandu bas di mana sekiranya dibuktikan kesalahan mereka, pasti akan diambil tindakan tegas.

Bagi meyakinkan orang ramai untuk menstabilkan perkhidmatan, pelbagai langkah proaktif sedang diambil dengan kadar segera dan pemantauan terhadap perkhidmatan bas dilakukan melalui Sistem Kedudukan Global (GPS) dan juga penglibatan pemerhatian pegawai-pegawai yang bertugas di koridor yang mengalami masalah.

Setelah mendapat maklumbalas dari penumpang-penumpang, beberapa Koridor telah pun mengalami perubahan sebelum ini dan kali ini melibatkan penyusunan semula laluan 120, 121, 122 dan T21 bagi Koridor Jalan Ipoh.

Di dalam kenyataan media SPAD pada 14 March 2016, pemantauan mereka mendapati pengendali bas Setara Jaya tidak menepati waktu perjalanan mereka dan selalu lambat. Di antara lain, keadaan penumpang di dalam bas juga sentiasa sesak dan tidak mampu memberi keselesaan dan boleh mendatangkan bahaya. Oleh itu, pihak SPAD telah membuat keputusan untuk menggantikan dengan perkhidmatan bas Causeway Link yang dimiliki oleh Handal Ceria Sdn Bhd.

Penyusunan semula ini melibatkan laluan-laluan seperti berikut :
Laluan 120 (Jinjang Utara – HAB Medan Pasar):
Waktu operasi dari 5.30pagi sehingga 11.00 malam
Kekerapan 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang
Berkuat kuasa pada 15 Mac 2016

Laluan 121 (Taman Sri Sinar – HAB Medan Pasar):
Waktu operasi dari 5.30 pagi sehingga 11.00 malam
Kekerapan 20 minit ketika waktu puncak pagi dan petang
Berkuat kuasa pada 15 Mac 2016.

Laluan 122 (Taman Ehsan – HAB Medan Pasar):
Laluan ini telah diambil alih oleh Causeway Link sejak 19 Februari lalu
Waktu operasi adalah dari 5.30 pagi sehingga 11.00 malam
Kekerapan 20 minit ketika waktu puncak pagi dan petang

Laluan T121 (Metro Prima – Bandar Baru Selayang):
Laluan ini akan mula beroperasi pada 22 Mac, 2016.
Laluan ini diambil alih oleh Causeway Link
Waktu perkhidmatan dan kekerapan perkhidmatan akan diumumkan pada masa yang terdekat

Sebelum ini, beberapa perubahan telah pun diumumkan pihak SPAD pada 1 Mac lalu seperti berikut;


Laluan T584 (Desa Petaling – Salak Selatan):
Kini dikendalikan oleh RapidKL bermula dari 1 Mac 2016.
Waktu operasi adalah dari  6 pagi hingga 11 malam
Kekerapan adalah 30 minit.
*Laluan ini akan memberi kesalinghubungan ke LRT Salak Selatan dan KTM Salak Selatan.

 




Laluan 780 (Pasar Seni– PPUM – Kota Damansara)
Dikendalikan oleh RapidKL kini turut melalui PPUM 
bermula dari 1 Mac 2016
Waktu operasi adalah dari 6 pagi hingga 11 malam
Kekerapan antara 15 hingga 20 minit.

Perjalanan Alternatif ke PPUM:
Laluan 701 (Pelabuhan Klang – HAB Pasar Seni)
Dikendalikan oleh Causeway Link
* Laluan ini menambah kesalinghubungan ke PPUM

 
Laluan T581 (LRT Alam Sutera – PPR Bukit Jalil):
Dikendalikan oleh RapidKL telah ditambah kepada 3 buah bas bermula dari 1 Mac 2016
Waktu operasi adalah dari 6 pagi hingga 11 malam
Kekerapan antara 10 hingga 15 minit
*Laluan ini akan memberi kesalinghubungan ke LRT BK5

Perjalanan Alternatif ke LRT BK5:
Laluan 671 (Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni)
*Laluan ini juga menambah kesalinghubungan ke LRT BK5
 
 
Jangan lupa... jika masih mengalami masalah, pihak SPAD sangat-sangat mengalukan pandangan anda dan boleh disalurkan samada di talian 1-800-88-7723(SPAD) atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

No comments:

Post a Comment