Wednesday, March 09, 2016

LRT3 (DARI BANDAR UTAMA KE KLANG) - PROJEK REL PERTAMA GUNA TEKNOLOGI HIJAU


Pendekatan penggunaan teknologi hijau dalam pengangkutan awam telah digunakan di kebanyakan negara maju dan kini negara telah bergerak selangkah lagi setelah penggunaan bas elektrik diperkenalkan, LRT3 pula akan menjadi projek rel yang pertama menggunakan teknologi hijau yang mesra alam.

Didalam kesungguhan kerajaan untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pengangkutan awam juga diberi perhatian serius agar seimbang dengan keperluan masyarakat setempat terutamanya di kawasan bandar dan alam sekitar. bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik.

Transit Aliran Ringan Laluan 3 atau ringkasnya LRT3, merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat dan selaras dengan Pelan Pembangunan Rel Bandar di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi merealisasikan sistem pengangkutan awam yang cekap, efisien, bersepadu serta berterusan.

LRT3 akan menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarak keseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen yang pasti akan memberi manfaat kepada lebih 2 juta penduduk di sekitar kawasan ini. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap menjelang tahun 2020.

Apa yang dimaksudkan teknologi hijau dari LRT3?


Selain daripada sasaran SPAD meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam kepada 40% menjelang 2030, LRT3 akan berfungsi sebagai tulang belakang di antara kawasan Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar Kuala Lumpur menerusi integrasi di 5 buah stesen termasuklah One Utama dengan MRT Laluan Sg. Buloh-Kajang, Stesen 3 dengan LRT Laluan Kelana Jaya, Stadium dan SIRIM dengan BRT Kuala Lumpur-Klang,serta Klang dengan KTM Komuter Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang.

Kesemua laluan jalanraya yang disebut di atas adalah laluan kesesakan trafik dan projek LRT3 dilihat mampu mengatasinya. Umum mengetahui kenderaan yang berada di jalanraya samada pengangkutan awam ataupun persendirian banyak mengeluarkan karbon dan mengakibatkan pencemaran udara.

Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam. Penggunaan pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT), komuter dan monorail adalah merupakan teknologi bersih dan menggunakan tenaga elektrik sebagai punca tenaga. Ianya bukan sahaja bersifat mesra alam tetapi juga membantu mengurangkan kesesakan lalulintas dan  mengurangkan pelepasan gaskarbon ke udara. Penggunaan tenaga alternatif bukan sahaja dapat mengurangkan kos pembelian dan penggunaan bahan asli malah ia bersih dari mencemarkan alam sekitar.


Apabila LRT3 bercadang menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar yang mampu mencemarkan kesan udara, air, bunyi dan sebagainya mampu diminimakan, malahan kualiti ekosistem dan kepelbagaian hidup dapat ditingkatkan pula.

Dalam menyahut seruan kerajaan, LRT3 komited dalam melaksanakan penggunaan aplikasi teknologi hijau yang menjadi teras pembangunan ekonomi bagi negara. Aplikasi teknologi dan amalan hijau oleh LRT3 adalah di atas kesedaran agar kualiti hidup masyarakat sekeliling dan alam sekitar seimbang dengan kepesatan pembangunan dan populasi yang semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment