Saturday, March 05, 2016

INSENTIF DISKAUN 30% PERKHIDMATAN BAS DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN


Diskaun 30% perkhidmatan bas antara bandar telah pun diperkenalkan pada 1 September tahun lalu dan sebagai kerajaan yang prihatin, insentif ini telah dilanjutkan mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Menyedari peningkatan kos sara hidup rakyat, lanjutan diskaun ini adalah bertujuan untuk meringankan kos perjalanan harian mereka terutama pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar. Pengguna bas bagi laluan Rawang, Klang dan Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur adalah di antara mereka yang dapat menikmati diskaun 30% ini.

Pada masa yang sama, kerajaan juga ingin menggalakkan rakyat memilih pengangkutan awam secara lebih meluas disamping menikmati insentif diskaun 30% ini.

Berikut adalah jadual pas bulanan dan kadar 30% diskaun yang telah ditetapkan pihak SPAD:


Borang aplikasi juga boleh didapati samada di kaunter tiket pengendali bas ataupun dimuat turun ... DI SINI. Perlu diingatkan juga diskaun ini tertakluk pada terma dan syarat di mana ia terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja dan mereka-mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Seremban, Klang dan Rawang.

Sejak pengumuman yang dibuat YAB Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia ketika pembentangan Bajet 2015 tahun lalu, rakyat telah memberi respon yang sangat positif dan ini telah pun menggembirakan pelbagai lapisan masyarakat.

Ada di antara mereka yang mampu menjimatkan perbelanjaan tambang bas sehingga mencecah RM100 setiap bulan bagi perjalanan harian dari Nilai ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Keseluruhan inisiatif mempertingkatkan pengangkutan awam yang dilaksana kerajaan jelas menunjukkan Malaysia semakin mengorak ke arah negara maju dan ia juga jelas memberi penekanan kepada rakyat dan selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentrasformasikan pengangkutan awam darat yang mensasarkan peningkatan mobiliti rakyat.

No comments:

Post a Comment