Sunday, March 27, 2016

'FLAG OFF' 20,000 PESERTA PERTAMA TRANSFORMASI #PLKN 2.0


Seperti yang telah diumumkan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun di Kem PLKN Junaco Park Sibu pada bulan lalu, seramai 20,000 pelatih telah memulakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) Siri 13 Tahun 2016 pada 26 Mac  yang akan berakhir pada 24 Mei 2016.

Selepas 10 tahun pelaksanaan PLKN, 2016 ini adalah tahun pertama pelaksanaan transformasi PLKN 2.0.

Bermula dengan pergerakan serentak di seluruh negara selama 3 hari dari 26 hingga 28 Mac ini, sebanyak 95 tempat berkumpul peserta dan 728 buah bas telah disediakan untuk ke 81 kem PLKN. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan Datuk Ehsanuddin di Malacca International Trade Centre (MITC).

Selepas pengumuman Perdana Menteri DS Najib Razak untuk menangguh program PLKN ini pada 20 Januari tahun lalu agar dikaji semula dan ditambahbaik, selama setahun itu juga pihak yang dipertanggungjawabkan telah membuat kaji selidik yang sangat komprehensif sehingga melibatkan maklumbalas dari rakyat terutama dari ibubapa.

Di antara perkembangan yang sentiasa diikuti blog ini adalah...
1. 21 Januari 2015 - APAKAH PLKN DIKORBANKAN?

2. 16 Februari 2015 - MAKMAL TRANSFORMASI PLKN AKAN LAHIRKAN 'BLUE PRINT'

3. 22 April 2015 - KONSEP BARU HASIL DARI MAKMAL TRANSFORMASI DAN HARI TERBUKA PLKN 2.0 

4. 27 Jun 2015 - PERKEMBANGAN TERKINI PLKN DARI DATUK EHSANUDDIN

5. 14 September - TRANSFORMASI PROGRAM PLKN UNTUK PERSEDIAAN GEN-Y MENGHADAPI CABARAN MAKLUMAT TANPA SEMPADAN


19 November 2015 - PLKN 2.0 DENGAN MODUL BARU YANG LEBIH INKLUSIF AKAN BERMULA 

6. 12 Oktober 2015 - TRANSFORMASI MODUL PLKN 2.0 ... MANTAP 

Pada tahun lepas, PLKN melalui kajian semula untuk diperbaiki setiap modul programnya agar menepati permintaan semasa serta penambahbaikannya pula adalah untuk persediaan pasaran kerjaya untuk pelatih-pelatih PLKN.

Bermula pada tahun ini pula, di antara perkembangan PLKN adalah seperti berikut;

1. 24 Januari 2016 - APA MENARIK MINAT 63,000 PELAJAR SERTAI PLKN 2.0?


2. 15 Februari 2016 - DATUK EHSAN : KEDATANGAN PERTAMA PELATIH PLKN 2.0 DINANTIKAN


Begitulah terperincinya persediaan program PLKN 2.0 sebelum dilaksanakan. Dan pihak MLKN juga tidak ketinggalan untuk menambahbaik segala infrastruktur di antaranya keutamaan aspek keselamatan pelatih yang merangkumi kesihatan dan keselesaan mereka ketika berada di dalam kem. Jadual latihan akan sentiasa dikawal selia dan pihak ibubapa akan dimaklumkan mengenai peralihan pelatih ke Fasa 2 iaitu program latihan kerjaya mereka.

Kita mendoakan agar setiap perancangan dan persiapan yang telah dibuat berjalan rapi dan semoga apa yang diharapkan dari pihak kerajaan dan juga masyarakat terutama peserta PLKN tercapai sasarannya.

No comments:

Post a Comment