Friday, February 26, 2016

GERABAK LAMA KTM BERTUKAR WAJAH SEPERTI ORIENT EXPRESS



Semakin ramai yang kononnya mengatakan kegagalan pengangkutan awam di bawah SPAD, sebenarnya hanya berkisaran di media sosial sahaja. Sekali lagi pengangkutan awam negara bukan sahaja mampu meningkatkan penggunaanya malahan perkhidmatan pengangkutan terus diperbaiki dan dipertingkatkan.

Selepas pengumuman statistik 1 juta penumpang setiap hari oleh syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), ini menunjukkan yang pengangkutan awam semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan sekali gus membuktikan rancangan kerajaan untuk sistem pengangkutan awam telah mencapai banyak kemajuan dan kejayaan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan mereka dan selepas pelancaran  Electric Train Service (ETS), kini keretapi lama yang masih mengguna diesel akan dijadikan gerabak khas untuk percutian seperti Oriental Express yang terkenal itu.

Memandangkan negara kita mempunyai pemandangan yang sangat menarik, maka pihak KTMB ingin mengambil kesempatan ini menawarkan satu lagi keistimewaan perkhidmatannya kepada pelancong luar negara terutama serantau Asean dan juga pelancong tempatan.

Malahan, pelancong dari Thailand dan Indonesia telah menunjukkan minat dan KTMB akan bekerjasama dengan operator pelancong di kedua-dua negara ini.

3 laluan untuk perancangan percutian ini adalah Tumpat-KL, Kuala Lipis-Kuala Krau-Gua Musang-Kuala Lipis dan Johor Baru-Haadyai dan dijangkakan bermula pada bulan April tahun ini. Ia akan dimulakan di laluan Tumpat melalui jambatan Kemubu dan JB-Haadyai hanya akan bermula selepas bulan Mei.

Pada masa yang sama, pihak KTM mensasarkan bulan Mei, semua keretapi dari Gemas ke Padang Besar akan diganti dengan ETS.

Perkembangan lain pula, landasan keretapi berkembar dari Gemas ke Johor Baru berkemungkinan akan siap pada hujung tahun 2019.

Bagi pihak SPAD pula, walaupun ada rungutan kenaikan tambang tetapi pada hakikatnya rakyat masih memilih untuk mengguna pengangkutan awam seperti bas dan keretapi dan pada masa yang sama, penumpang seperti warga emas, OKU dan pelajar masih menikmati potongan diskaun tambang.

Di negara ini, pelbagai kemudahan pengangkutan awam disediakan. Jika ingin berjalan jauh, KTMB sediakan ETS yang sekarang mampu mempercepatkan perjalanan dan sekarang perjalanan percutian melalui keretapi akan lebih seronok dengan perubahan wajah dan perkhidmatan seperti Orient Express pula.

Jika ada yang teringin bersiar-siar di dalam ibukota Kuala Lumpur, keselesaan penumpang bukan sahaja boleh dinikmati dengan kemudahan rel dan gerabak yang lebih selesa malahan stesen-stesennya juga dijadikan lokasi beriadah, bersantai dan transit untuk mendapatkan kemudahan lain.

No comments:

Post a Comment