YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
PERUTUSAN TAHUN BARU
1 Januari 2016
1 Januari 2016
Di saat 2015 melabuhkan tirai, marilah kita mengambil kesempatan ini
untuk mengimbau kembali detik setahun yang lalu serta sama-sama
mengalu-alukan kedatangan tahun baru.
Tidak dinafikan bahawa tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar buat
seluruh warga Malaysia, lebih-lebih dari sudut ekonomi. Kita juga tidak
bersendirian di mana seluruh dunia turut berdepan cabaran pertumbuhan
ekonomi yang perlahan. Sedang kita mengorak langkah menuju ke tahun
baru, yakinlah bahawa Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha
bertujuan untuk meringankan beban kewangan Rakyat, khususnya golongan
berpendapatan rendah dan sederhana. Antara inisiatif utama adalah dengan
bermulanya pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11, yang dijangka akan
memberi kesan positif terhadap ekonomi negara.
Di samping itu, kita sedikit sebanyak turut menerima kesan
unsur-unsur perpecahan yang kini kian mengancam perpaduan negara. Dengan
dunia berkembang ke arah globalisasi, adalah menjadi tanggungjawab kita
semua untuk menghayati nilai-nilai murni yang mencerminkan sifat warga
Malaysia.
Kita seharusnya tidak mempunyai pendirian yang serong terhadap
satu-satu bangsa, lebih-lebih lagi apabila kita saling hidup dalam
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Sebaliknya,
kita harus mendukung dan menegakkan nilai-nilai penerimaan,
penghormatan dan seterusnya menghargai segala pengorbanan para atok
moyang kita dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Dalam
usaha berterusan tanah air untuk mencapai status negara maju di
peringkat global, adalah amat penting bagi kita untuk bukan sahaja
mengetepikan perbezaan, malah turut mempertahankan kepelbagaian budaya
yang menjadi keunikan negara tercinta ini.
Warga Malaysia sekalian, saya berasa bangga di atas semangat
ketahanan jitu negara ini walaupun kian berdepan dengan segala cabaran.
Marilah kita sama-sama berazam untuk sentiasa berdiri teguh dalam
menghadapi segala cabaran yang mendatang selain turut meraikan segala
nikmat yang telah kita kecapi bersama sebagai sebuah negara.
Sudah tentu ramai akan mengambil peluang ini untuk bercuti serta
meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan pada hujung
minggu yang panjang ini. Pesanan saya kepada semua adalah supaya anda
dapatkan rehat yang mencukupi. Sila memandu dengan berhati-hati demi
insan tersayang dan pengguna jalan raya yang lain.
Selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia!
YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
PRESIDEN MCA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
PRESIDEN MCA
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
... dan tidak ketinggalan dari Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong;
No comments:
Post a Comment