Sebelum ini beberapa laporan dari media luar negara telah melaporkan yang Felda Global Ventures akan bercadang mengambil alih kepentingan hanya 10 peratus saham PT Eagle High Plantation, Indonesia (EHP) dan selebihnya diambil alih oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Ini adalah berikutan daripada keputusan FGV untuk menamatkan cadangan tersebut pada 30 November lalu. FIC dikatakan memulakan rundingan dengan PT Rajawali Group bagi memiliki 37 peratus saham dalam EHP dengan nilai USD680 juta (RM2.55 bilion).
Namun, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah mengesahkan yang perbincangan ini tidak melibatkan FIC mahupun pihak-pihak lain dan usaha ini masih diteruskan FGV. Di bawah perbincangan model baru ini, Tan Sri berharap agar dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak yang sedang berunding iaitu FGV dan juga EHP.
Secara dasarnya pengambilalihan kepentingan EHP adalah sebanyak 37 peratus dan ia adalah penting untuk FGV mengembangkan perniagaan perladangan mereka di masa hadapan. Tan Sri Isa menjelaskan yang FGV perlu berkembang dan tidak hanya boleh bergantung dengan 350,000 hektar tanah yang kini dipajak daripada Felda.
Indonesia sentiasa menjadi pilihan terbaik jika dibandingkan dengan negara lain seperti Myanmar, Kemboja dan Afrika Selatan kerana ia memiliki keluasan tanah perladangan yang diperlukan dan negara-negara lain tidak sesuai untuk tanaman getah dan lokasinya agak jauh.
Memandangkan 75 peratus pendapatan FGV datangnya daripada aktiviti perladangan, maka pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk mencapai sasaran 40 peratus menjelang 2020 menerusi aktiviti hilirannya. Ini adalah juga dalam usaha menangani kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM) dan FGV akan terus meningkatkan kualiti pengurusan ladangnya agar dapat mengurangkan kos.
Kebanyakan penganalisis menjangkakan harga MSM akan kembali stabil hanya pada 2017 dan 2018 dan bukan saja FGV malahan semua syarikat perladangan di dunia turut menerima kesannya.

No comments:
Post a Comment