Di artikel yang lalu... DI SINI, diharap salah faham mengenai kaitan di antara entiti McDonald's Corporation, McDonald's Malaysia dan penguasaan Israel telah jelas dan segala dakwaan yang berkaitan dengan Israel adalah tidak benar.
Namun, ada pula yang menimbulkan nama bekas Pengerusi dan CEO McDonald's Jack M. Greenberg dengan penglibatannya sebagai Pengarah American-Israel Chamber of Commerce and Industry of Metropolitan Chicago. Seterusnya dikaitkan pula konflik di Palestin di mana melalui organisasi Jewish United Fund (JUF) telah membiayai penempatan haram Israel di Kiryat Gat yang telah dirampas dari penduduk asalnya rakyat Iraq al Manshiya dan Al-Faluja sejak tahun 1949.
Program yang dinamakan 'Matching Gift' dituduh dibentuk bagi tujuan pembiayaan JUF. Ini tidak benar kerana pertamanya; Jewish United Fund (JUF) hanyalah satu daripada beribu-ribu badan kebajikan yang berdaftar di Amerika Syarikat di mana JUF yang mempromosi program pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan. Program 'Matching Gift' pula hanyalah satu kaedah yang digunakan untuk menyalurkan derma oleh individu atau badan-badan korporat gergasi seperti Microsoft, Apple Inc, Google Inc, Exxon dan termasuk McDonald kepada mana-mana tabung derma yang berdaftar sahaja.
Oleh itu, jika ada dakwaan JUF menyumbang kepada Israel Defense Forces (IDF) dalam persenjataan, ketenteraan dan penaklukan haram ke atas Tebing Barat/Gaza, ia adalah tidak benar walaupun mereka pernah nyatakan menyokong Israel di atas dasar kebebasan bersuara.
Di Amerika, program 'Matching Gift' telah wujud lebih daripada 3 abad yang lalu. Menariknya ada di antara program 'Matching Gift' ini digunakan oleh badan-badan kebajikan Islam dan juga pusat zakat Amerika seperti Zakat Foundation of America.
McDonald's Corporation tidak ketinggalan di dalam menyumbang derma melalui program Employees Matching Gift ini dan ramai di antara wargakerjanya juga turut menyumbang. Pada 2014 sahaja, lebih dari 2,000 derma telah disumbangkan wargakerja McDonald's Corporation dan hanya 3 sahaja yang memberi kepada JUF.
Dibawah adalah Polisi Program Employee Matching Gifts oleh McDonald's;
Di sinilah juga tuduhan yang mendakwa bekas Pengerusi dan CEO McDonald's Jack M. Greenberg dikatakan telah menyumbang kepada JUF. Sekiranya beliau telah membuat sumbangan kepada JUF, ia adalah di atas kehendak dan kapasiti beliau sebagai individu dan bukan sebagai Pengerusi dan CEO McDonald's ketika itu.
Jika ada pula yang mengatakan Jack telah mengguna duit McDonald's untuk derma kepada JUF, Jack Greenberg telah pun berhenti berkhidmat lebih dari 13 tahun yang lalu. Jawatan beliau sebagai Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce juga tidak dapat mengaitkan McDonald's ataupun sumbangan McDonald's kepada JUF. Pengerusi dan CEO McDonald's Corporation hari ini tidak langsung terlibat dengan mana-mana organsasi yang melibatkan sokongan kepada Israel.
Yang lebih mustahaknya, McDonald's Malaysia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan melalui program 'Matching Gift' kerana sistem derma ini hanya beroperasi di Amerika Syarikat dan untuk rakyat Amerika sahaja.
No comments:
Post a Comment