Sudah kalah... kalahlah dan bayar saja seperti arahan mahkamah. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan empat lagi cuba memohon kebenaran mahkamah untuk tidak membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA kerana sah beliau memfitnah kononnya organsasi itu menjual minyak sawit mentah ke negara Israel.
Malangnya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dengan kos sebanyak RM10,000 dibayar kepada FELDA. Secara moralnya, PAS dan lidah medianya kekal sebagai fitnah terhadap FELDA terhadap dua artikelnya kononnya menjual minyak sawit mentah ke Israel.
Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan Mustafa dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.
Pada 30 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa FELDA berjaya membuktikan mereka tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel, manakala lima defendan lain gagal mengemukakan bukti pembelaan mereka.
Siapa lagi dari puak pembangkang yang dibuktikan memfitnah FELDA?
Pada bulan Mei lalu, Mahkamah Tinggi perintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga dalam buku "FELDA... Dulu tolong Sekarang Ah Long". RM150,000 untuk bayar kos guaman RM350,000 untuk ganti rugi am perlu dibayar Mazlan dan penerbit buku, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.
Kemudian, pada 17 Oktober tahun lepas, Felda dan FGV telah menang saman ke atas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel fitnah menerusi akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan. Kerana penerbitan 2 artikel fitnah bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu', mereka diarah bayar RM100 juta.
Yang menariknya, pengakuan bekas editor Dzulkarnain Taib memohon maaf kepada FELDA dan FGV dan mengaku di mahkamah bahawa kedua-dua artikel tersebut adalah palsu dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan serta merosakkan reputasi mereka.
PAS, PKR dan Mazlan Aliman, kesemuanya dari kelompok pembangkang. Apakah sehingga mereka dibuktikan di mahkamah menabur fitnah, kita masih menaruh kepercayaan kepada mereka? Inilah pemimpin perosak minda rakyat Malaysia yang gila untuk berkuasa sehingga sanggup memusnahkan masa depan peneroka FELDA.

No comments:
Post a Comment