Saturday, August 01, 2015

PERHIMPUNAN PEMIDATO BAHASA MELAYU KEMBALI DI PABM 2015

Sejak diadakan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) pada 2007 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama beberapa institusi lain, pentas PABM telah menjadi medan perhimpunan dan pertemuan pemidato Bahasa Melayu dari tujuh benua.

Pencinta bahasa Melayu dan terutamanya rakyat Malaysia ingin melihat bagaimana bahasa nusantara itu diangkat martabatnya oleh mereka yang bukan penutur asal di atas pentas pidato.

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015) akan diadakan pada 4-8
Ogos 2015.

PABM 2015 akan melibatkan seramai 71 peserta dari seluruh dunia bagi menunjukkan kemampuan bangsa asingmenguasai bahasa Melayu dengan baik.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Antarabangsa, Alam Melayu dan Peserta Antarabangsa di Malaysia dengan melibatkan 27 juri dari pelbagai agensi antaranya pegawai Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum).

Setelah setahun berlalu pergi, PABM Piala Perdana Menteri kini kembali lagi sebagai sebuah acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penurut-penutur bahasa Melayu di seluruh dunia.

Sekali lagi,Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menjadi tumpuan suara lantang para pemidato yang akan memecah kesunyian dewan pertandingan.

Sekiranya, lokasi yang sama pada tahun lepas menyaksikan peserta Australia, Bridget Johnson dinobatkan juara bagi kategori Antarabangsa, peserta Indonesia, Selamet Nur Arom bagi Kategori Alam Melayu, siapakah pula pada tahun ini ?

1 comment:

  1. Seronok tengok peserta2 luar ni berpidato. Banyak karenah lucu dan sebagainya namun dalam masa yang sama terasa bangganya melihat Bahasa Melayu mendapat tempat di mata dunia. Semoga kita di sini terus memperkasakan Bahasa Melayu kita hendaknya.

    ReplyDelete