Tuesday, August 04, 2015

BEKAS PEMENANG PABM BERKONGSI PENGALAMAN DAN TIPS KETIKA BERPIDATO

Fathiah Ibrahim
Johan PABM 2012- Kategori Alam Melayu
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri bukan sahaja mampu menghimpun pemidato hebat dari seluruh dunia malahan pertandingan ini memang dinanti-nantikan.

Peserta-peserta pidato melihat ia sebagai satu pengalaman yang pasti tidak akan mereka lupakan.

Beberapa bekas pemenang PABM lalu, sudi berkongsi apa yang telah mereka lalui ketika berpidato. Di antaranya adalah bekas juara PABM 2012 dalam kategori Nusantara, Fathiah Ibrahim.

Beliau masih terasakan sehingga hari ini ketika berada di atas pentas yang ditonton oleh ribuan penonton dan berasa sungguh bertuah apabila disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Najib Razak.

Pengalaman beliau ketika membuat persiapan teks pidato dan dapat berjumpa dengan pemidato dari negara-negara lain juga tidak akan dapat dilupakan.

Bagi Fathiah, menghafal teks yang telah dibuat persiapan adalah sangat penting dan kawalan emosi juga perlu agar tidak cepat panik. Penyampaian ketika berpidato hendaklah dengan sepenuh hati.

PABM dijadikan wadah martabat bahasa Melayu ke persada dunia. Melalui PABM , bahasa Melayu dapat ‘dieksport’ dan diperkembang menggunakan saluran formal di institusi-institusi pengajian tinggi utama seluruh dunia.

Menurut Fathiah, PABM mesti diteruskan demi kelangsungan bahasa Melayu, justeru memartabatkan citra negara bangsa dan kedaulatan bahasa Melayu.

Impak kemenangan anak muda yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ini telah membuka peluang kepada dirinya untuk dipanggil oleh orang ramai terutama di kalangan guru untuk mendidik peserta-peserta pemidato yang bakal menyertai pertandingan.

No comments:

Post a Comment