Telah masuk hari-hari terakhir kempen PRK Rompin, namun jika dilihat gerakan dan aktiviti pihak PAS nampaknya mereka keseorangan tanpa sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP.
Bermula di hari pengumuman calon PAS, hanya wakil 'ikan bilis' dari PKR yang kelihatan. Di hari penamaan calon pula barulah kelihatan beberapa pemimpin dari PKR. Namun wakil dari DAP masih tiada.
Ketika PRU 13, kerusi parlimen yang dimenangi pakatan pembangkang ini adalah PAS - 1, DAP - 1 dan PKR - 2 manakala kerusi DUN pula PAS - 3, DAP - 7 danPKR - 2.
Baru-baru ini, Guan Eng telah umumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS kerana tidak bersetuju enakmen hukum hudud dibawa ke parlimen dengan alasan tindakan PAS tidak pernah dipersetujui pakatan mereka. Kedengaran pula, calon PRK Rompin kali ini adalah pilihan Presiden dan ulama PAS.
Manakala bagi PKR pula, walaupun kelihatan mereka berkempen untuk PAS di Rompin, namun mereka sekadar meraih undi dari rumah ke rumah dan cuba mengambil hati warga Felda dengan menghulurkan kain batik dan kain pelikat sahaja. Tiada anjuran ceramah atau penyertaan flash-mob dari pihak mereka.
Apabila ketiadaan wakil dan sokongan dari DAP, apakah benar terdapat arahan dari kepimpinan tertinggi DAP untuk memboikot PRK Rompin. Kedengaran juga maklumat ini telah diperolehi dari jentera mereka di Permatang Pauh.
Cuba lihat gambar di bawah ini;
Betapa angkuhnya PKR yang bertanding di Permatang Pauh sehingga sanggup memberi amaran kepada PAS.
PAS yang sedang berjuang untuk membawa hukum hudud ala mereka juga diarahkan tidak membawa isu itu ketika berkempen di Rompin kerana bimbang kehilangan undi Cina dan Orang Asli.
Isu yang dibawa PAS ke Rompin nampaknya sangat terpilih dan ia hanya untuk kesesuaian pilihanraya setempat bagi mendapat undi sahaja. Namun perjuangan mutlak mereka untuk melaksanakan hukum hudud tidak berani dibawa bersama di dalam siri kempen mereka.
Samada PAS bermain wayang atau kesemua pakatan itu turut bermain wayang, dalam berkempen di Rompin... PAS TETAP KESEORANGAN!
No comments:
Post a Comment