Sunday, May 03, 2015

#PRKRompin : ISU RUMAH ANAK FELDA DIPERJUANG HASAN DAN DIREALISASIKAN YAB PM


Isu yang paling diutamakan dalam siri kempen pilihanraya kecil parlimen Rompin adalah keluhan keperluan anak-anak Felda untuk memiliki rumah pada harga yang mereka mampu.

Itulah yang dikemukakan kepada calon BN, Datuk Hasan Arifin ketika bertemu pengundi di Felda Selendang. Rintihan dan keluhan anak-anak Felda di Parlimen Rompin mendapat perhatian dan tindakan segera Datuk Hasan demi memperjuangkan hasrat generasi kedua Felda supaya nasib mereka terus terbela.

Datuk Hasan yakin YAB PM akan memberi perhatiannya kepada hasrat anak-anak Felda ini memandangkan Perdana Menteri kita adalah waris kepada pengasas penubuhan Felda, Tun Abdul Razak yang telah mencetuskan agenda membela orang melayu 59 tahun lalu.

Justeru Datuk Hasan Arifin memohon YAB PM mengkaji semula harga kira-kira 18,000 rumah generasi kedua Felda di Rompin kerana harga antara RM120,000 hingga RM140,000 seunit itu adalah di luar kemampuan golongan muda Felda.

Sebagai Perdana Menteri yang telah berjanji untuk membela dan memperbaiki nasib warga Felda, semalam beliau umumkan harga sebuah rumah bagi generasi muda Felda ditetapkan pada RM90,000 berbanding RM125,000 yang telah ditawarkan. Kenyataan ini telah di buat di laman Facebook PMO Malaysia.

Walaubagaimanapun, kaedah dan syarat-syarat sewa dan beli masih kekal dan boleh dibaca ... DI SINI

Sebagai komitmen dan prihatin Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada mengkaji semula harga rumah yang diumumkan beliau dan memastikan impian generasi baru Felda memiliki rumah di tanah-tanah rancangan Felda dapat direalisasikan.

Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan sebanyak 1,504 unit Perumahan Generasi Baharu Felda di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 (264 unit), Felda Selendang 2 (360 unit) dan Felda Keratong 7 (400 unit).

Inilah bukti betapa efisiennya Datuk Hasan, calon yang dipilih Barisan Nasional mewakili Parlimen Rompin. Inilah juga kriteria calon yang perlu dipilih di mana suara perjuangannya diangkat dan mendapat tindakan di kerajaan pusat.

Warga Felda khususnya dan rakyat Rompin amnya buatlah pilihan tepat kerana hanya calon yang dedikasi dan ikhlas saja mampu membela nasib mereka.

No comments:

Post a Comment