Tuesday, May 12, 2015

HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA DALAM INISIATIF 'SILK ROAD BELT' DITERAJUI MCA


Di dalam meredakan kemarahan dan kesangsian rakyat China terhadap Malaysia ke atas tragedi MH370, MCA diberi kepercayaan sebagai jambatan jalinan diplomatik dan perniagaan di antara kedua-dua negara.

Terkini, MCA sekali lagi telah memainkan peranan penting dan kali ini sebagai sahabat China dalam inisiatif 'Silk Road Belt'.

Sedikit penerangan mengenai inisiatif 'Belt and Road' negara China di mana telah diumumkan oleh pemimpin China Xi Jinping pada tahun 2013. Terdapat 2 komponen utama iaitu laluan ekonomi 'Silk Road Belt' dan 'Maritime Silk Road'. Jika dilihat sejarah China dalam mengadakan hubungan perdagangan darat dunia, yang melalui Asia Tengah, Asia Barat, Timur Tengah dan Eropah, ia dinamakan sebagai 'Silk Road'.

Malaysia adalah di antara negara rantau Asia Tenggara dan MCA yang diketuai Datuk Seri Liow Tiong Lai, selaku Presidennya telah melakukan lawatan 5 hari di atas jemputan kerajaan China. 

Di dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala, negara China telah menjemput Malaysia untuk bersama-sama menganjurkan satu seminar mengenai 'Belt and Road' yang dijangkakan akan diadakan pada awal Julai nanti. Justeru respon positif dari pihak MCA telah disambut baik Tuan Liu Yunshan, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

Pada masa yang sama, kerajaan China juga turut gembira apabila Malaysia mempengerusikan Asean 2015 dan berharap agar Malaysia membawa Asean terus bekerjasama dengan China terutamanya di dalam inisiatif Belt Road.

Rombongan MCA yang disertai juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengadakan pertemuan dengan Air China Ltd.

Setelah hubungan Malaysia dengan Air China Ltd agak renggang, kini mereka telah menunjukkan minat untuk menyambung semula laluan Beijing-Kuala Lumpur semula dan keputusan bakal dibuat pada Oktober nanti. Ini adalah kerana Malaysia masih dekat di hati rakyat China dan Air China yakin dengan permintaan pasaran pelancongan ke negara kita.

Delegasi MCA juga telah melawat Shanghai dan membuat pertemuan dengan wakil-wakil dari China Eastern Airlines dan Juneyao Airlines bagi meneroka peluang untuk melancarkan penerbangan terus dari Shanghai ke Kuala Lumpur.

Seterusnya, ketika lawatan mereka ke Universiti Tsinghua, kerjasama dengan universiti untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar China melanjutkan pelajaran mereka di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Pihak Universiti Tsinghua juga menawarkan biasiswa bagi pelajar Malaysia untuk menggalakkan pertukaran bakat di antara kedua-dua negara.

No comments:

Post a Comment