Friday, April 24, 2015

#PRKROMPIN : MCA AKAN PASTIKAN UNDI MINORITI CINA MENINGKAT


Kesungguhan MCA untuk bersama-sama di dalam kempen PRK Rompin tidak dapat dinafikan apabila sejurus pengumuman calon dibuat, pelbagai gerak kerja dan program telah disusun.

Walaupun bilangan pengundi Cina sangat kecil iaitu sebanyak 2.49% dan seramai 1,380 pengundi Cina, namun MCA tidak lari dari tanggungjawab mendekati mereka seperti yang pernah serta meminggirkan mereka seperti yang telah didakwa DAP. Malahan DAP yang sebenarnya telah meminggir mereka sehingga di hari pengumuman dan penamaan calon PAS, tidak kelihatan sokongan padu dari DAP.

Menyentuh mengenai amanat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu jentera parti bekerja keras untuk meningkatkan sokongan pengundi sekaligus menambah jumlah majoriti, Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai telah mengenal pasti beberapa kawasan yang didiami masyarakat Cina dan menumpukan kepada tiga kawasan iaitu Muadzam Shah, Tanjung Gemok dan Kuala Rompin.

Datuk Liow akan mempastikan mereka keluar mengundi dan yakin peratusan pengundi Cina akan meningkat dengan memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional.

Walkabout di sekitar kedai-kedai peniaga Cina di Rompin telah dilakukan dan lawatan ke Sepayang untuk berbincang dengan penanam sayur mengenai masalah yang dihadapi. Tidak berhenti di situ, MCA telah meninjau fasiliti memancing di Jeti Kuala Rompin dan berjanji untuk mempertingkatkan fasiliti tersebut.

Lidi sebatang tidak akan mampu membersihkan lantai tetapi bila lidi dihimpun, seluruh rumah akan dibersihkan. Itulah perumpaan betapa bersatunya parti-parti komponan di dalam Barisan Nasional di dalam menghadapi apa saja pilihanraya kecil.

MCA yang mengutamakan pendirian setiakawan sejak dari penubuhan Perikatan, sentiasa bersama-sama parti komponen BN walau siapa pun calon yang bertanding di dalam Barisan Nasional.

Inilah juga kesempatan yang akan diambil MCA untuk menerangkan kepada pengundi Cina dasar-dasar kerajaan terutama isu seperti GST dan Transformasi
politik MCA serta menjawab tohmahan pembangkang.

Dengan tema kempen MCA, Bersatu dalam kepelbagaian dan kesederhanaan adalah kekuatan Barisan Nasional pasti dapat menambat dan memenangi
pengundi Cina di mana itulah kegagalan DAP kepada pengundi Cina yang sentiasa menjurangkan perkauman di antara pelbagai kaum di negara kita terutama
bangsa Cina.

No comments:

Post a Comment