Tuesday, February 17, 2015

DATUK LIOW : KESELAMATAN JALANRAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA



Kemalangan jalanraya dan kehilangan nyawa di musim perayaan seperti sinonim dan sesuatu yang dijangkakan. Setiap kali musim perayaan, di pengkahriannya kita akan dibentangkan dengan jumlah kemalangan dan kematian.

Apakah ia berpunca dari undang-undang dan langkah-langkah pencegahan kerajaan yang tidak berkesan dan terlalu longgar ataupun sebenarnya ia berpunca dari kita sendri?

Sekali lagi, rakyat Malaysia akan beramai-ramai pulang ke kampung kerana cuti panjang pada Tahun Baru Cina dan sekali lagi juga kerajaan melancarkan kempen keselamatan jalanraya. Malang tidak berbau tetapi kita mampu mengelaknya dan kita juga mampu mengurangkannya jika kita sebagai pemandu menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dan ciri-ciri pemanduan yang berhemah, itu kata Menteri Pengangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai ketika melancarkan kempen keselamatan jalanraya di peringkat kebangsaan dengan bertemakan "Bertimbang Rasa di Jalan Raya, Elak Terkorban Nyawa".

Temanya tertumpu kepada kesedaran sikap timbang rasa pemandu-pemandu, namun apakah kekuatan kepada kempen ini?
1. PDRM dengan Ops Selamat Ke-6 
2. JPJ dengan Ops Bersepadu
- Fokus utama pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu bas bersama-sama AADK.
- Akan berada di setiap 30 km di jalan-jalan utama negeri.
- Operasi dijalankan secara 24 jam, 16 jam dan 8 jam bergantung kepada lokasi, pemeriksaan secara rawak dan memasang lampu blinkers.
- Ahli Skuad Muda JPJ seramai  500 orang untuk libatkan orang awam bersama-sama anggota JPJ dan JKJR
3. SPAD akan kawal kegiatan 'ulat tiket', pantau teksi di pusat bandar dan pemeriksaan lesen perubahan sementara. 
4. Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam bersiap sedia 24 jam untuk bantuan kecemasan. Bilik gerakan dibuka 24 jam dan rondaan di lokasi kemalangan tinggi.

Langkah-langkah lain;
  • Kenderaan barangan dilarang berada di jalanraya pada 17 dan 18 Februari serta 21 dan 22 Februari.
  • Kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan dan jalan negeri diberhenti dari 12 hingga 26 Februari.
  • Penurunan had laju 10 km/j bagi jalan persekutuan dan jalan negeri.

Kesemua langkah keselamatan ini akan dipantau dan dinilai MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia) dan dilakukan sebelum dan sepanjang tempuh Ops Tahun Baru Cina. Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan operasi terhadap perubahan tingkah laku, persepsi serta kadar kemalangan dan kematian.

Samada kita sedar atau tidak, kematian dari punca kemalangan jalanraya adalah statistik tertinggi dan juga statistik tertinggi pesakit ke hospital. Kajian juga telah menunjukkan punca utama kemalangan jalanraya lazimnya berpunca dari kecuaian manusia yang gemar memandu laju, memandu secara merbahaya dan memotong kenderaan dengan merbahaya. Namun , semua ini mampu diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di jalanraya dan diperkuatkan lagi dengan kempen-kempen kesedaran.

Kerajaan dan penguatkuasaan saja tidak akan dapat mampu elak dari kejadian kemalangan jalanraya. Untuk memastikan keselamatan ketika berada di jalanraya terutama ketika musim perayaan, kita sebagai orang awam juga perlu sama-sama dalam merubah sikap dan amalan budaya memandu secara
berhemah dan berdisplin.

Inilah sebenarnya yang ingin disampaikan Datuk Sri Liow kepada pengguna jalanraya seperti kita... SESUNGGUHNYA KESELAMATAN JALANRAYA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!

No comments:

Post a Comment