Dengan tegasnya, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid memberi respon kepada isu tuk-tuk, beliau tidak pernah keluarkan kenyataan rasmi untuk perkenalkan tuk-tuk atau teksi roda tiga digunakan sebagai kenderaan alternatif awam.
Beliau juga memaklumkan SPAD tiada kuasa untuk bercakap mengenai apa-apa kenderaan awam baru untuk diperkenalkan. Bidangkuasa SPAD hanya mengeluarkan lesen tetapi jika ada yang berminat, SPAD akan menguruskan perbincangan dengan pengguna dan kerajaan. Itu saja!
Sungguhpun Tan Sri pernah menyebut tetapi ia bukanlah perlu dianggap sebagai satu cadangan rasmi di mana reaksi dan maklumbalas pengguna perlu diutamakan sebelum membuat apa-apa berkaitan kenderaan awam seperti yang dipesan Datuk Seri Najib Razak.
Menariknya, walaupun mendapat reaksi yang pelbagai tetapi ada yang menyambut baik pula.
Dalam mencari formula untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Ipoh, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak menyokong cadangan Tan Sri. Manakala Pengerusi Perdagangan dan Industri Produk Halal DPPM Abdullah Sani Shaari berpendapat berkata kenderaan seperti tuk-tuk mampu memudahkan penduduk dan pelancong bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan faktor kos tambang juga mampu diatasi berbanding teksi.
Persatuan pemandu teksi pula membantah dengan alasan mampu menjejas pendapatan mereka dan portal-portal berita pembangkang tidak lepas mengkritik cadangan ini dan mencadangkan penggunaan trem lebih berkesan.
Apa yang berada di kepala mereka mungkin tuk-tuk yang hodoh seperti ini;

Tetapi, mungkin SPAD melihat yang ini;
atau yang ini...
Jika SPAD memilih tuk-tuk yang lebih moden dengan penampilan yang lebih bergaya, bukankah ia mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong? Kenderaan bersaiz kecil ini pasti mampu bergerak ke jalan-jalan yang sukar dilalui kenderaan seperti bas dan teksi dengan lebih mudah, murah dan cepat.
Kita ada beca tradisional di Melaka dan Pulau Pinang yang juga menjadi faktor tarikan pelancong yang membawa pelancong-pelancong dan penduduk sekitar bandar pergi dari satu tempat ke satu tempat yang berdekatan, oleh itu mungkin bandaraya Ipoh perlu diberi peluang untuk menjadikan tuk-tuk sebagai kenderaan awam alternatif.
Jika ada yang risaukan pertambahan pencemaran alam, tuk-tuk yang bakal diperkenalkan perlu lebih bersifat mesra alam dengan menggunakan gas asli untuk kenderaan (NGV) dan bukan bahan bakar seperti minyak petrol.
Kepada pemandu teksi pula, apa kata mereka diberi juga peluang menjadi pengusah tuk-tuk? Bukankah sepatutnya cadangan tuk-tuk ini perlu disambut secara positif untuk menambah pendapatan mereka juga?

Dengan TUK_TUK Wawasan 2020 da sampai 5 tahun lebeh awal.
ReplyDelete