Friday, January 30, 2015

AKSES BAS HENTI-HENTI SPAD YANG PERTAMA DI SEREMBAN

Salah satu faktor utama bagi merancakkan ekonomi sesebuah negara atau negeri bergantung dan berkait rapat dengan sistem perhubungan yang baik dan betapa beruntungnya kerajaan negeri Negeri Sembilan apabila Seremban dipilih sebagai ibu negeri pertama menikmati sistem pengangkutan awam bas henti-henti yang melalui kawasan yang lebih luas.

Ketika ini, laluan sistem pengangkutan bas henti-henti di sekitar Seremban hanya pada radius 343 kilometer dan sekarang diperluas dua kali ganda sehingga 601 kilometer dan pertambahan laluan dari 19 ke 24 untuk kemudahan akses penduduk bandar dan persekitarannya seperti berikut;


Perkhidmatan Bas Henti-Henti ini adalah di bawah pengurusan dan pengawasan Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD) yang dijangka bermula April 2015.

Perkhidmatan bas MARA Liner and Cityliner telah terpilih memberi perkhidmatan bas henti-henti dan yang pasti mereka akan dikawal selia agar memberi perkhidmatan yang terbaik dan lebih efisen.

Beberapa aspek utama telah dikenalpasti SPAD di dalam proses perancangan seperti laluan khusus, waktu operasi dan kekerapan perjalanan bas. Laluan yang sama telah dihentikan supaya akses bas boleh meliputi dengan lebih menyeluruh kepada 80 peratus penduduk di Seremban.

Di bawah model perniagaan baru bas henti-henti ini, SPAD sebagai perancangnya akan bertanggungjawab ke atas rangkaian laluan, kos operasi dan akan menerima tabung tambang bas. Pengusaha bas pula akan dibayar mengikut kadar kilometer setiap bas sepertimana perstasi tahap perkhidmatan yang telah dipersetujui.

Pihak SPAD juga akan memastikan khidmat yang diberi pihak pengusaha yang telah dilantik di mana KPI mereka akan dinilai dari segi ketepatan masa, spesifikasi kenderaan yang menepati syarat SPAD serta kepuasan pengguna.

Perkhidmatan seperti waktu operasi dan jumlah penumpang juga akan dipantau melalui GPS (Global Positioning System) dan laporan penilaian oleh pegawai SPAD.

SPAD melihat penambahbaikan
perkhidmatan pengangkutan awam dan memenuhi sasaran perhubungan rakyat adalah keutamaan mereka. Di bawah skim baru ini, pengusaha bas akan lebih fokus memberi perkhidmatan daripada hanya bergantung kepada upah tambang.

Malahan, terdapat faktor insentif kepada pengusaha di mana mereka digalakkan sentiasa menambah jumlah penumpang dan mereka diberi satu peratus dari harga tambang bagi tambahan lima pertaus atau lebih jumlah penumpang dan pendapatan setiap laluan.

Program transformasi bas ini bertujuan untuk memastikan tambang bas henti-henti akan sentiasa di tahap yang berpatutan dan perkhidmatan yang berterusan

Di dalam jangka panjang pula penggunaan pengangkutan awam akan meningkat dan akses laluan akan lebih meluas kepada rakyat di kawasan bandar dan luar bandar, dari kampung-kampung ke bandar untuk membantu para pengguna ke tempat kerja, sekolah dan kawasan pusat perdagangan yang akan menyumbang secara langsung kepada kualiti hidup dan produktiviti serta peningkatan ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment